Sebutan semula kes saman syarikat suami, anak Shahrizat 31 Julai

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menetapkan 31 Julai untuk sebutan semula kes saman oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terhadap suami dan anak lelaki kepada bekas menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berhubung beberapa kesalahan melibatkan syarikat mereka.

Hakim Manira Mohd Nor menetapkan tarikh itu selepas Pegawai Pendakwa SSM Amir Sharifuddin Hashim memaklumkan mahkamah bahawa pihaknya gagal menyerahkan saman terhadap Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail selaku Orang Kena Saman (OKS) dan anaknya yang juga OKS selepas kes tersebut difailkan.

“Saman gagal diserahkan kepada OKS jadi saya memohon satu tarikh baru untuk serah saman kali kedua,” katanya semasa sebutan kes itu hari ini.

Difahamkan saman itu berkaitan beberapa pertuduhan di bawah Akta Syarikat 1965 termasuk gagal mengadakan mesyuarat agung syarikat bagi tahun 2012 hingga 2015.

Mengikut senarai kes mahkamah, nama yang dinyatakan dalam kes itu ialah Mohamad Salleh Ismail dan Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh. Kedua-dua mereka tidak hadir di mahkamah. - Bernama

Artikel Berkaitan: