Campak: Satu lagi kematian orang asli di Terengganu

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (tiga, kanan) menandatangani plak perasmian dan pelancaran Laman Web Pusat Latihan Simulasi & Kemahiran Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini. - Foto BERNAMA
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (tiga, kanan) menandatangani plak perasmian dan pelancaran Laman Web Pusat Latihan Simulasi & Kemahiran Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini. - Foto BERNAMA
A
A
A

KUALA LUMPUR - Satu lagi kematian akibat wabak demam campak membabitkan wanita orang asli dilapor semalam di Terengganu, menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang mati akibat wabak itu sebanyak empat setakat ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, wanita berusia 39 tahun itu yang disahkan dijangkiti wabak demam campak melalui ujian makmal, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu setelah menerima rawatan sejak 29 Jun lepas di Wad Isolasi Hospital Hulu Terengganu.

"Pada 7 Julai, keadaan kesihatan beliau menjadi tidak stabil dan mengalami sesak nafas, beliau telah didiagnos sebagai septicaemic shock secondary to right lobar pneumonia dan measles with metabolic acidosis dan dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu," katanya selepas merasmikan Pusat Latihan Simulasi dan Kemahiran Hospital Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Bagaimanapun Dr Dzulkefly berkata, hasil analisa bedah siasat untuk mengesahkan sebab kematian masih belum diperoleh setakat ini.

Beliau berkata, sejak wabak itu dilaporkan pada 3 Jun lepas, sehingga hari ini, kumulatif kes begejala yang dilaporkan adalah sebanyak 178 kes, iaitu di Kelantan 147 kes termasuk tiga kematian, Terengganu (23 kes dengan satu kematian) dan Pahang sebanyak lapan kes.

Sementara itu, ditanya perkembangan terkini gejala sesak nafas di Pasir Gudang, Johor, Dzulkefly berkata, setakat 8 pagi tadi, hanya satu kes baru dilaporkan dan diberi rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Masai, Johor Bahru.

Beliau berkata, Pasukan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial telah menjalankan saringan kesihatan mental terhadap mangsa dan secara kumulatifnya, sehingga 9 pagi tadi, sejumlah 751 orang awam termasuk kanak-kanak telah menerima khidmat bantuan awal psikososial.

"Seramai 520 orang telah menerima intervensi psikologi di mana sebanyak 27 kes dirujuk untuk penilaian lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mengulas isu pelantikan seorang transgender, Rania Zara Medina sebagai ahli Country Coordinating Mechanisme oleh Kementerian Kesihatan seperti dilaporkan portal dalam talian, beliau berkata baru sahaja dimaklumkan mengenai perkara itu dan akan mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.

Kata beliau, perkara itu akan dibawa ke mesyuarat pasca Kabinet peringkat Kementerian Kesihatan untuk dibincangkan dan diberikan penjelasan mengenainya. - Bernama