Tubuh jawatankuasa khas tangani penempatan haram di Perak

Ahmad Faizal (kanan) dan Darell Leiking sempena kunjungan berkenaan.
Ahmad Faizal (kanan) dan Darell Leiking sempena kunjungan berkenaan.
A
A
A

IPOH - Kerajaan Perak menubuhkan jawatankuasa khas bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah penempatan haram di kawasan perindustrian di sekitar negeri ini yang mahu dimasuki oleh pelabur.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, penubuhan jawatankuasa itu secara keseluruhannya bertujuan mencari jalan penyelesaian supaya syarikat pelabur dapat segera memasuki kawasan berkenaan.

“Dahulu pihak pelabur kena bercakap dan berunding dengan penduduk sebelum masuk. Jadi, ini adalah halangan kerana penduduk berkenaan sudah tinggal di situ terlebih dahulu.

“Kita akan berunding dengan penduduk dahulu kerana kawasan ini kita dah rancang. Pelabur tak peru runding sendiri kerana ini adalah halangan walaupun tak terlalu menjejaskan, tetapi boleh membantutkan proses kemasukan pelabur. Inilah yang kita cuba tangani,” katanya.

Ahmad Faizal berkata demikian pada sidang media kunjungan hormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Darell Leiking ke Pejabat Menteri Besar, hari ini.

Sementara itu Ahmad Faizal berkata, kerajaan negeri merancang untuk mewujudkan lebih banyak kawasan perindustrian di negeri ini pada masa hadapan selain berhasrat menjadikan kawasan perindustrian di Kanthan, Chemor sebagai kawasan perindustrian tinggi.

“Dengan kerjasama MITI untuk sediakan paip gas ke kawasan berkenaan, namun masalah yang kita hadapi ialah kawasan ini masih diduduki peneroka dan pengusaha haram.

“Oleh itu penubuhan jawatankuasa khas ini diharap dapat mencari jalan penyelesaian terhadap masalah penempatan haram ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: