Tu dia...kambing golek Pakngah

Kambing yang sudah diperap akan dibakar selama tiga jam untuk memastikan daging masak sepenuhnya.
Kambing yang sudah diperap akan dibakar selama tiga jam untuk memastikan daging masak sepenuhnya.
A
A
A

JITRA - Tidak perlu lagi berkunjung ke hotel untuk menikmati kambing golek kerana Pakngah Kambing Golek di Mix Legacy Cafe di sini, bakal merealisasikan keinginan anda dengan pelbagai hidangan kambing yang membuka selera.

Seorang pemiliknya, Muhammad Zarul Afifi Zakaria, 26, berkata, dia mengusahakan perniagaan ini bersama tiga lagi rakannya, Muhamad Suffi Norzair, Mohd Danial Kamarulzaman dan Mohd Nur Hafiz Ahmad.

Katanya, idea membuka perniagaan kambing golek ini tercetus apabila melihat permintaannya yang tinggi ketika menjalani latihan industri di Bayview Beach Resort, Batu Ferringhi.

"Berbekalkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang latihan industri itu saya cuba berniaga secara kecil-kecilan bersama rakan sekelas di bazar Ramadan di Pauh.

"Alhamdulillah, masa tu sambutan sangat baik dan kami mula ambil tempahan pada setiap hujung minggu," kata bekas pelajar Diploma Hotel dan Katering di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh Putra ini.

Menurutnya, selepas tamat belajar dia menerima tawaran bekerja di Restoran Tok Keramat, di sini.

"Selepas beberapa tahun di situ, saya akhirnya ambil keputusan untuk berhenti kerja dan berhasrat untuk beri tumpuan kepada bisnes kambing golek ini.

Muhamad Suffi menunjukkan hidangan lamb roast di gerai mereka.
Muhamad Suffi menunjukkan hidangan lamb roast di gerai mereka.

Artikel Berkaitan:

"Sebab dari apa yang saya lihat, permintaan kambing golek semakin tinggi sekarang ini, malah ia menjadi pilihan utama di majlis tertentu," katanya.

Menurutnya, sejak beroperasi di Mix Legacy Cafe November lalu, lamb rack yang berharga RM23 dan lamb shank (RM25) mendapat permintaan tinggi daripada pelanggannya.

"Keistimewaan dua hidangan ini terletak pada tekstur dagingnya yang lembut dan aromanya yang menyelerakan.

"Selain itu, kita juga menyediakan hidangan nasi kambing golek dengan harga serendah RM12 sepinggan," katanya yang beroperasi dari jam 6 petang hingga 11 malam.

Perap kambing semalaman

Muhammad Zarul Afifi berkata, rutin memerap kambing bermula kira-kira jam 11 malam selepas tamat waktu operasi gerainya.

"Kambing akan diperap semalaman dengan beberapa bahan perapan seperti minyak zaitun, herba campuran dan rempah cili.

Antara hidangan yang menjadi kegilaan peminat kambing. (dari kiri, lamb shank, nasi kambing golek dan kambing golek )
Antara hidangan yang menjadi kegilaan peminat kambing. (dari kiri, lamb shank, nasi kambing golek dan kambing golek )

"Keesokannya baru kita akan bakar selama tiga jam untuk pastikan daging betul-betul masak. Insya-ALLAH, setakat saya berniaga selama enam tahun ni, daging kambing kami memang tahan lama," katanya.

Tambahnya, selain berniaga di kafe berkenaan, mereka juga mengambil tempahan kenduri dan majlis tertentu.