Kilang kitar semula punca pencemaran udara

Mukhriz bergambar bersama tetamu yang hadir di majlis bersama Taman Muafakat Dulang hari ini.
Mukhriz bergambar bersama tetamu yang hadir di majlis bersama Taman Muafakat Dulang hari ini.
A
A
A

YAN - Pihak kerajaan negeri sentiasa peka akan kualiti udara di bandar Sungai Petani yang dikatakan berada dalam keadaan tercemar berpunca daripada beberapa kilang kitar semula.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata pihaknya ada menerima aduan berkaitan keadaan ini.

Menurutnya, kesemua aduan itu sudah pun diambil tindakan dengan menutup kilang yang tidak berlesen manakala peralatannya turut disita.

"Walaupun begitu kita juga masih lagi menerima laporan berkaitan pengoperasian kilang secara haram.

"Ini pun kita dah ambil tindakan yang pelbagai antaranya ialah memotong bekalan air dan elektrik," katanya ketika ditemui di majlis bersama penduduk Taman Muafakat Dulang hari ini.

Tambah Mukhriz, terdapat juga kilang yang sudah lama diarahkan untuk berpindah ke Bukit Selambau dengan mengikut syarat tertentu.

"Kita masih lagi menerima aduan daripada penduduk di kawasan itu bahawa terdapat bau dan kepulan asap pada waktu malam.

"Kerajaan negeri tidak akan sesekali mengeluarkan lesen untuk membenarkan pengoperasian yang memudaratkan penduduk," katanya.

Artikel Berkaitan: