Bahan dagangan China bernilai RM457,000 dirampas

Syarikat terbabit turut dikompaun sebanyak RM25,700 kerana mengimport barangan tanpa permit yang sah.
Syarikat terbabit turut dikompaun sebanyak RM25,700 kerana mengimport barangan tanpa permit yang sah.
A
A
A

KUANTAN - Empat buah kontena mengandungi serbuk empulur jagung (corn cob) dan pati yis bernilai lebih RM475,000 ditahan di pintu masuk Pelabuhan Kuantan.

Bahan dagangan dari China berkenaan ditahan dan dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemerisaan Malaysia (Maqis) Pahang dan Terengganu menerusi operasi yang dilakukan baru-baru ini.

Pengarah (Maqis)Pahang/Terengganu, Nur Syazwina Abu Somad berkata, dagangan tersebut tidak mematuhi syarat import yang ditetapkan MAQIS seperti Permit Import (IP) dan lesen import makanan haiwan.

"Berdasarkan hasil pemeriksaan, dua daripada empat kontena tersebut membawa barangan 'corn cob' seberat 40,020 kilogram dengan nilai RM57,605.75. Selebihnya membawa barangan ekstrak yis seberat 39,600 kilogram bernilai RM417,449.

Sebahagian guni mengandungi serbuk empulur jagung yang dirampas di pintu masuk Pelabuhan Kuantan.
Sebahagian guni mengandungi serbuk empulur jagung yang dirampas di pintu masuk Pelabuhan Kuantan.

"Kedua-dua bahan dagangan dipercayai diimport bagi tujuan pemprosesan bahan makanan haiwan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, syarikat terbabit dikompaun sebanyak RM25,700 kerana mengimport barangan tanpa permit yang sah di bawah Sekyen 11(1) Akta Perhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (AKTA 728).

"Mereka boleh dihukum di bawah seksyen 11(3) yang boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Artikel Berkaitan:

"(Maqis) sentiasa tegas, cekap dan teliti dalam menjalankan aktiviti penguatkuasaan di semua pintu masuk seluruh Malaysia. Langkah ini bagi menjamin keselamatan sumber pertanian dan makanan negara terjamin," katanya.