111 sekolah di Pasir Gudang terima alat pengesan gas

Pengarah JAS Johor, Wan Abdul Latiff Wan Jaafar (kanan) melihat penerangan penggunaan alat pengesanan gas kepada pihak sekolah.
Pengarah JAS Johor, Wan Abdul Latiff Wan Jaafar (kanan) melihat penerangan penggunaan alat pengesanan gas kepada pihak sekolah.
A
A
A

PASIR GUDANG - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor mengedarkan alat pengesan gas ke 111 buah sekolah di Pasir Gudang di sini hari ini, bagi membolehkan pihak sekolah mengukur kualiti udara.

Pengarahnya, Wan Abdul Latiff Wan Jaafar berkata, alat tersebut diedarkan supaya pihak sekolah boleh mengukur kualiti udara dan seterusnya mengambil tindakan awal jika berlaku sebarang kemungkinan.

"Tujuan kita mengedarkan alat ini kepada sekolah supaya mereka juga boleh mengukur kualiti udara pada masa itu.

"Jika berlaku sebarang pengesanan, tindakan awal boleh diambil oleh pihak sekolah untuk menyelamatkan para pelajar daripada terkena simptom muntah, loya dan sebagainya," katanya di sini hari ini.

Wan Abdul Latiff berkata, sekiranya bacaan Volatile Organic Compound (VOC) tinggi, pihak sekolah perlu maklumkan kepada JAS untuk tindakan susulan jabatan.

"Kita akan datang membawa peralatan yang lebih spesifik yang boleh mengukur lebih daripada 50 parameter. Jadi alat ini kita pinjamkan sementara sampai hari Ahad," katanya.

Pihak sekolah diajar untuk mengukur kualiti udara menggunakan alat pengesan gas yang diedarkan.
Pihak sekolah diajar untuk mengukur kualiti udara menggunakan alat pengesan gas yang diedarkan.

Beliau berkata, pada masa ini, JAS sedang mengadakan perbincangan dengan pihak industri untuk mengambil beberapa langkah dalam mendepani cabaran insiden tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Turut dibincangkan cadangan untuk menyediakan 'air purifier' di dalam kelas, dan setakat ini sudah ada industri menzahirkan hasrat untuk memberikan komitmen," katanya.

Dalam pertemuan sama, beliau memaklumkan sebanyak 172 pemeriksaan dilakukan terhadap premis (kilang) kimia dan mengendalikan bahan berbahaya sekitar Pasir Gudang setakat 8 pagi tadi.

"Sebanyak 98 kompaun, 46 notis arahan, sembilan perintah tahanan operasi kelengkapan dan syor untuk tindakan mahkamah ke atas dua kilang telah dikeluarkan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Guru diajar baca kualiti udara