Siasatan kecederaan sepatutnya bermula hari pertama

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Siasatan berhubung kecederaan pada badan anggota bomba dan penyelamat, Muhammad Adib Mohd Kassim sepatutnya dilakukan bermula hari pertama selepas dibawa ke hospital.

Saksi ke-29 inkues kematian Muhammad Adib, Profesor Dr Shahrom Abd Wahid berkata, siasatan itu perlu dibuat segera tanpa melengah-lengahkannya.

“Kalau kita siasat daripada hari pertama akan tahu puncanya, jangan tunggu meninggal dunia baru ambil tindakan,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan itu selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang memerlukan pemeriksaan klinikal terhadap mangsa dengan sempurna agar dapat dikemukakan bukti kepada mahkamah.

"Maksud sempurna itu apa? Untuk Untuk buat lebih jauh siasatan dan pemeriksaannya, tetapi untuk kes ini bukan (tidak melakukannya)," katanya.

Pakar Perunding Kanan Forensik Patologi United Kingdom itu berkata, memberitahu mahkamah bahawa semua bukti dikemukakan sudah mencukupi, namun tidak lengkap.

“Bukti berkenaan cukup selepas menggabungkan laporan dikeluarkan Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) bersama eksperimen yang dilakukannya.

Saya kata benda ini jika digabungkan betul-betul hanya cukup untuk prosiding inkues sahaja. Sekiranya mahu membawa untuk buktikan kes jenayah, ia tidak cukup,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Prosiding di Hadapan Koroner Rofiah Mohamad ditangguhkan dan bersambung esok.

Sementara itu, Rofiah berkata pihaknya akan memutuskan calon pakar fizik yang layak dipanggil oleh mahkamah esok.

"Pihak-pihak telah menyerahkan dua nama pakar fizik dan mahkamah sedang meneliti latar belakang individu terbabit sebelum salah seorang daripada mereka dipanggil.

"Saya juga perlu meneliti keterangan saksi-saksi pakar sebelum mempertimbangkan keperluan untuk memanggil pakar ketiga," katanya.

Terdahulu, Pegawai Pengendali Faten Hadni Khairuddin mencadangkan mahkamah agar memanggil pakar ketiga dalam inkuri tersebut.

Muhammad Adib parah dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu dan meninggal dunia pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara selepas 21 hari dirawat.