Dua beranak melecur selamatkan diri

Keadaan rumah yang musnah dalam kebakaran di Jalan Menglembu Timur 4, Menglembu, lewat malam tadi.
Keadaan rumah yang musnah dalam kebakaran di Jalan Menglembu Timur 4, Menglembu, lewat malam tadi.
A
A
A

IPOH - Dua beranak melecur di beberapa anggota badan ketika menyelamatkan diri dalam kebakaran rumah di Jalan Menglembu Timur 4, Menglembu, lewat malam tadi.

Mangsa seorang lelaki berusia 40-an cedera di anggota badan sementara ibunya berusia lingkungan 70-an cedera di tangan dan kepala.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Putih, Mohamad Fadzeli Che Husin berkata, kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan orang awam.

"Ketika kejadian dua beranak berkenaan sedang tidur, orang awam yang menyedari awal kebakaran itu segera berusaha membantu mengeluarkan mereka.

"Tiada kecederaan serius berlaku, kedua-duanya hanya cedera akibat kesan lecur antara 5 ke 30 peratus dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati kemungkinan kebakaran bermula di bahagian ruang tamu rumah.

Keadaan rumah yang musnah dalam kebakaran di Jalan Menglembu Timur 4, Menglembu, lewat malam tadi.
Keadaan rumah yang musnah dalam kebakaran di Jalan Menglembu Timur 4, Menglembu, lewat malam tadi.

Jelasnya, keadaan struktur rumah menyebabkan api marak dengan cepat, bagaimanapun tindakan pantas bomba berjaya mengawal api daripada merebak.

Artikel Berkaitan:

"Ketika kejadian hanya dua mangsa yang tinggal di situ, keadaan mereka kini dilaporkan stabil dan hanya mengalami trauma," katanya.

Katanya, operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.40 pagi tadi.