Kelantan tunggu notis pemberhentian

Mohd Amar (tiga, kanan) bersalaman dengan Muhamad Guntor selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd dan Gading Kencana Sdn Bhd, di sini hari ini.
Mohd Amar (tiga, kanan) bersalaman dengan Muhamad Guntor selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd dan Gading Kencana Sdn Bhd, di sini hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan negeri berharap pihak Pejabat Peguam Negara dapat mengeluarkan ‘notice of discontinuance’ atau notis pemberhentian dengan segera bagi membolehkan bayaran royalti minyak diagih sebelum hujung tahun ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, secara umum, kes ini hampir berakhir dan kini ia hanya melibatkan pemfailan notis tidak menyambung semula kes ke mahkamah.

Menurutnya, ia melibatkan isu teknikal iaitu tindakan daripada kerajaan Persekutuan melalui Pejabat Peguam Negara.

“Kita masih menunggu tindakan pihak terbabit kerana setakat ini mahkamah tinggi sudah mengeluarkan keputusan, kes saman royalti antara kerajaan negeri, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Kerajaan Persekutuan sudah selesai.

“Kita harap notis itu akan disegerakan agar tuntutan royalti dapat dimanfaatkan untuk rakyat Kelantan,” katanya pada sidang akhbar Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Kelantan Utilities Mubaarakan Sdn Bhd (KUM) dan Gading Kencana Sdn Bhd (GK) hari ini.

Hadir sama Pengarah Eksekutif KUM, Abdul Rashid Mohd dan Pengarah Urusan GK, Datuk Ir Muhamad Guntor Mansor Tobeng.

Jumaat lalu, pertikaian isu tuntutan royalti minyak selesai selepas kerajaan negeri menarik balik tuntutan saman yang difailkan sembilan tahun lalu melalui notis pemberhentian yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pihak mahkamah membatalkan saman berkenaan tanpa sebarang perintah berhubung kos dan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula.

Artikel Berkaitan: