Cabaran bertambah tapi sumber berkurang

Nazri (hadapan) bersama pegawai dan anggota lain-lain pangkat pada upacara Perbarisan Hari Ulang Tahun KPA Ke-61 di Padang Kawad Kem Kementah di sini.
Nazri (hadapan) bersama pegawai dan anggota lain-lain pangkat pada upacara Perbarisan Hari Ulang Tahun KPA Ke-61 di Padang Kawad Kem Kementah di sini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengerusi Kor Perkhidmatan Am (KPA), Brigedier Jeneral Datuk Nazri Abu Bakar mengakui KPA kini sedang menghadapi cabaran dari segi tugas dan tanggungjawab yang kian bertambah dengan sumber kian berkurang.

Menurutnya, di usia 61 tahun KPA, ia merupakan satu tempoh yang panjang dan menuntut setiap warganya untuk menyahut cabaran yang mendatang.

“Kita sedang menghadapi cabaran dari segi tugas dan tanggungjawab yang kian bertambah dengan sumber kian berkurangan.

“Kita menghadapi cabaran dari segi pengurusan sumber manusia yang kian kompleks bagi memenuhi kehendak individu serta organisasi.

“Kita juga menghadapi cabaran dalam memenuhi kehendak-kehendak pihak atasan yang kadang kala di luar kemampuan tetapi memerlukan kebijaksanaan dan inovasi di dalam menanganinya,” katanya dalam satu kenyataan sempena Perbarisan Hari Ulang Tahun KPA Ke-61 seterusnya menyempurnakan perbarisan yang diadakan di Padang Kawad Kem Kementah di sini hari ini.

Perbarisan yang terdiri daripada 21 pegawai dan 251 anggota lain-lain pangkat tersebut diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohd Riduan Yusoff di samping Penolong Ketua Perbarisan, Mejar Mohamed Huzaifah Mohamed Lasin, Ajutan Perbarisan, Kapten Mohd Ismail Mat Yahaya dan Sarjan Mejar Rejimen dan Pegawai Waren 1. Azmi Darus.

Nazri memeriksa Perbarisan Hari Ulang Tahun KPA Ke-61 di Padang Kawad Kem Kementah di sini.
Nazri memeriksa Perbarisan Hari Ulang Tahun KPA Ke-61 di Padang Kawad Kem Kementah di sini.

Menyingkap sejarah penubuhan KPA, Tentera Darat Malaysia itu, ia ditubuhkan pada tahun 1954 dengan nama The Federation General Service Corps dengan bahagian-bahagian di dalam kor ketika itu adalah pejabat rekod, gaji, perubatan, pelajaran dan perisikan.

Artikel Berkaitan:

Nama pasukan Perkhidmatan Am telah dikuatkuasakan pada 1 Julai 1958.

Bahagian Perubatan dan Perisikan kemudiannya berpisah dan menubuhkan Kor yang berasingan.

Pasukan perkhidmatan Am dengan rasminya menjadi Kor Perkhidmatan Am pada 1 Mei 1972 dengan empat komponen yang terdiri daripada Komponen KPA-BK (Bahagian Kerani ), KPA Gaji, KPA Pendidikan dan Komponen KPA PR (Perhubungan Raya).

Kor itu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas urusan khidmat dari segi pengkeranian, urusan gaji, pelajaran dan pendidikan serta perhubungan raya kepada Angkatan Tentera Malaysia dengan cogan kata yang dipegang iaitu “Berbakti”.