111 buah sekolah di Pasir Gudang dibuka semula

Azman membetulkan penutup mulut dan hidup salah seorang murid SK Pasir Gudang 4.
Azman membetulkan penutup mulut dan hidup salah seorang murid SK Pasir Gudang 4.
A
A
A

PASIR GUDANG - Sebanyak 111 buah sekolah di daerah ini yang ditutup kerana masalah gangguan kesihatan dibuka semula hari ini.

Pengarah Kesihatan Johor, Azman Adnan berkata, sekolah beroperasi seperti biasa dan kehadiran para pelajar berada pada tahap yang baik.

"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan atas usaha dan inisiatif untuk membantu.

"Saya sangat yakin bahawa insiden ini tidak akan berulang kerana berdasarkan kualiti udara di Pasir Gudang semakin baik dan normal berbanding minggu lalu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gudang 4 di sini hari ini.

Murid SK Pasir Gudang 4 memakai penutup mulut dan hidung.
Murid SK Pasir Gudang 4 memakai penutup mulut dan hidung.

Bagaimanapun, menurutnya, pasukan daripada jabatan kesihatan berada di 18 buah sekolah terkesan teruk untuk memberi taklimat berkaitan.

"Sesi memberi taklimat ini sebagai memberi maklumat dan taklimat keselamatan. Ini juga sistem sokongan yang diberi kepada pihak sekolah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Azman berkata, tiada cuti ganti kepada sekolah yang terlibat seperti gelombang pertama pencemaran membabitkan Sungai Kim Kim Mac lalu.

"Bagaimanapun, kita telah merancang untuk memastikan bahawa sekiranya berlaku defisit pembelajaran semasa cuti tempoh hari akan dibuat penjajaran oleh pihak sekolah melalui aktiviti pembelajaran yang tertentu.

"Perkara ini kita serahkan kepada pengurusan sekolah dan saya ingat tidak ada masalah kerana jumlah persekolahan untuk tahun ini mencukupi. Kita sangat yakin silibus mata pelajaran akan dapat diselesaikan mengikut tempoh sesi 2019," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian mendapati murid-muridnya di SK Pasir Gudang memakai penutup hidung dan mulut sebagai langkah berjaga-jaga.

Sekolah itu antara 3 yang terjejas dan ditutup selama dua hari pada 23 dan 24 Jun sebelum 14 buah lagi sekolah diumumkan ditutup namun ada 24 Jun sebanyak 111 buah sekolah turut ditutup hingga 27 Jun lalu.