Warga emas OKU nyaris rentung

Mangsa diselamatkan anggota bomba yang segera ke lokasi selepas terima panggilan memaklumkan kejadian.
Mangsa diselamatkan anggota bomba yang segera ke lokasi selepas terima panggilan memaklumkan kejadian.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Seorang wanita warga emas yang kurang upaya nyaris rentung dalam kejadian kebakaran di Kampung Pendamar Fasa 2 di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, mangsa yang berada di bilik tidur di bahagian belakang rumah teres setingkat itu diselamatkan anggota bomba yang ke lokasi sejurus menerima panggilan.

Keadaan rumah teres yang terbakar pagi tadi.
Keadaan rumah teres yang terbakar pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang, Juyana @ Azlan Musa berkata, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dan Andalas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 6.38 pagi .

Anggota bomba ketika melakukan kerja pemadaman api di rumah teres yang terbakar di sini pagi tadi.
Anggota bomba ketika melakukan kerja pemadaman api di rumah teres yang terbakar di sini pagi tadi.

"Pemeriksaan dapati sebuah rumah kelas A berkeluasan 40 x 75 kaki persegi hangus terbakar kira-kira 80 peratus.

Artikel Berkaitan:

"Terdapat seorang wanita warga emas berusia lingkungan 70-an yang juga orang kurang upaya (OKU) di dalam bilik belakang berjaya diselamatkan anggota bomba," katanya.

Mangsa kemudian diserahkan kepada unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk tindakan lanjut.