X

Kindly register in order to view this article
!

Mohamad Nasir dilantik Pengerusi PLUS yang baharu

Mohamad Nasir
A
A

PETALING JAYA - Datuk Mohamad Nasir Ab Latif dilantik sebagai Pengerusi PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang baharu berkuatkuasa kelmarin.

Mohamad Nasir yang juga Ahli Lembaga Pengarah PLUS sejak 31 Disember 2013 dilantik menggantikan Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim yang memilih untuk bersara pada 27 Jun lalu selepas hampir 17 tahun menerajui kumpulan itu.

PLUS dalam satu kenyataan berkata, Mohamad Nasir memulakan kerjayanya dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada tahun 1982 dan telah memegang beberapa jawatan sebelum dilantik menjadi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) KWSP.

“Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Ekonomi) dari Universiti Sains Malaysia dan memperolehi Diploma Perakaunan dan Kewangan dari Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) pada tahun 1996. Beliau juga memiliki Sarjana Sains dalam Analisis Pelaburan dari Universiti Stirling, United Kingdom (1999).

“Mohamad Nasir juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Sime Darby Plantation Berhad, Malaysian Resources Corporation Berhad, Yinson Holdings Berhad, BBCC Development Sdn Bhd, Yarra Park City Pty Ltd, PNB-Kwasa International Holding Limited, PNB-Kwasa International 1 Limited dan PNB-Kwasa International 2 Limited,” kata kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, Ahli Lembaga Pengarah dan kakitangan Kumpulan PLUS turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mohd Sheriff yang telah menerajui PLUS selama 17 tahun.

“Menerusi kepimpinan beliau, kumpulan PLUS telah menempa pelbagai kejayaan dan pencapaian di antaranya penyenaraian awam PLUS Expressways Berhad di Bursa Malaysia dalam tahun 2002, penjenamaan logo korporat PLUS yang baharu, transformasi digital di lebuh raya, wajah baru kawasan rehat dan rawat dan lain-lain lagi,” tulis kenyataan itu lagi.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus