Sabah isytihar 30 Julai cuti am tambahan sempena Pertabalan Agong

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri Sabah hari ini mengisytiharkan 30 Julai sebagai cuti am tambahan sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam satu kenyataan berkata, keputusan berkenaan adalah selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan 30 Julai sebagai hari kelepasan am tambahan sempena hari pertabalan Agong.

Katanya pengisytiharan cuti umum ini dibuat berdasarkan Seksyen 9 Ordinan Hari Kelepasan Am Sabah (Bab 56) dan diperkenankan oleh Yang di-Pertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.- Bernama

Artikel Berkaitan: