Utamakan ukhuwah berbanding parti politik

Ahli jawatan kuasa majlis diketuai Wan Rosli (duduk dua dari kanan) pada Majlis Jamuan Aidilfitri di Pak Katak.
Ahli jawatan kuasa majlis diketuai Wan Rosli (duduk dua dari kanan) pada Majlis Jamuan Aidilfitri di Pak Katak.
A
A
A

KUALA NERUS - Majlis Jamuan Aidilfitri di Pak Katak di sini memperlihatkan keindahan ajaran Islam yang menganjurkan agar umatnya sentiasa mengeratkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat.

Pengurus acara, Wan Rosli Wan Sulaiman, 55, secara fitrahnya, setiap manusia memerlukan orang lain selain daripada ahli keluarga untuk berkomunikasi termasuk dalam menjayakan sesuatu majlis.

"Di Pak Katak masyarakatnya saling menghormati dan berkasih sayang kerana ia menjadi tunjang perpaduan dalam hubungan antara mereka sejak dahulu tanpa mengira latar belakang politik.

"Kami bersyukur kerana penduduk kampung dapat meneruskan acara tahunan ini yang sudah masuk tahun ke enam dengan berkumpul menyambut hari raya bersama dalam suasana harmoni.

Golongan wanita yang kebanyakannya suri rumah juga dapat bertemu dan saling bermaafan pada majlis berkenaan.
Golongan wanita yang kebanyakannya suri rumah juga dapat bertemu dan saling bermaafan pada majlis berkenaan.

"Keharmonian yang dinikmati penduduk Pak Katak ini perlu dijaga dengan sebaik mungkin agar terus terpelihara dan dapat diwarisi kepada generasi muda di kampung ini," katanya, hari ini.

Kira-kira 1500 penduduk Pak Katak daripada pelbagai peringkat umur tanpa mengira latar belakang politik mereka hadir memeriahkan majlis yang menjadi tradisi warga kampung berkenaan.

Sementara itu, penduduk warga emas, Syed Magado Tuan Dalam, 69, berkata, meskipun dalam kalangan penduduk berlainan fahaman parti politik, namun sambutan berkenaan tetap mesra.

Artikel Berkaitan:

Beliau berharap agar hubungan yang baik terjalin akan terus kekal mekar malah, juga berharap agar perpaduan akan terus dikekalkan dan menjadi contoh kepada generasi baharu di kampung tersebut.