Sila log masuk terlebih dahulu.

Parti politik usah menggelabah jika disiasat - Azalina

A
A
A

BERITA SEMASA 2 JUN 2023

Parti politik yang terbabit dalam siasatan dakwaan kes jenayah termasuk dana judi tidak perlu panik sebaliknya perlu membiarkan agensi penguatkuasaan selain Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institut), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, siasatan tidak akan terhenti oleh satu agensi penguat kuasa sahaja.

Sebelum itu, pada 25 Mei, Azalina dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat memaklumkan siasatan SPRM tidak dapat membuktikan dakwaan mengatakan PN menerima dana daripada syarikat perjudian untuk berkempen dalam PRU15.

Katanya, siasatan SPRM mendapati dakwaan itu terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkan isu itu, sekali gus tiada fail siasatan dibuka.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/261472/berita/politik/parti-politik-usah-menggelabah-jika-disiasat---azalina

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian