Cabaran turunkan umur minima pengundi

Muzzammil
Muzzammil
A
A
A

SHAH ALAM - Pengundian di peringkat Parlimen bagi menurunkan umur minima layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun akan menjadi lebih mencabar.

Pengerusi Majlis Eksekutif Kelab Bunga Raya, Muzzammil Ismail berkata, hal demikian kerana ia melibatkan pengaruh dan potensi mendapatkan sokongan anak muda bagi setiap parti politik.

"Tahap kematangan mereka yang berusia 18 tahun juga perlu diambil kira dalam menentukan perubahan ini. Oleh itu, wacana, dialog, debat dan perbincangan ilmiah perlu lebih segera dirancakkan.

"Selain aspek kesedaran dan kematangan politik, antara perkara yang perlu dilihat lain dalam pindaan ini juga adalah kaedah pendaftaran daftar pemilih," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau mencadangkan jika pendaftaran itu dapat dilakukan secara automatik kepada semua rakyat, pemilih hanya perlu menyemak dan membuat pembaharuan status seperti mana yang diamalkan di negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat.

"Menurut syarak Islam pula, mereka yang telah mencapai aqil baligh telah diiktiraf sebagai seorang yang mukallaf dan perlu bertanggungjawab terhadap pilihan yang dibuat.

"Menurut ini, menurunkan had umur 18 tahun sebenarnya memberi ruang buat anak muda untuk lebih matang cepat," katanya.

Artikel Berkaitan: