Tiada ketetapan naikkan umur persaraan kepada 65 tahun - MCMC

Kerajaan tidak pernah membuat sebarang ketetapan menaikkan umur persaraan kepada 65 tahun sebagaimana tular menerusi media sosial baru-baru ini. - Gambar hiasan
Kerajaan tidak pernah membuat sebarang ketetapan menaikkan umur persaraan kepada 65 tahun sebagaimana tular menerusi media sosial baru-baru ini. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pernah membuat sebarang ketetapan menaikkan umur persaraan kepada 65 tahun sebagaimana tular menerusi media sosial baru-baru ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan penelitian pihaknya mendapati perkara itu ditularkan berdasarkan artikel sebuah akhbar tempatan bertarikh 11 April lepas yang memetik pandangan seorang profesor.

"Ia hanya pandangan seorang profesor dan bukannya kenyataan rasmi kerajaan," menurut MCMC melalui portal sebenarnya.my.

Artikel yang diterbitkan kira-kira empat bulan lepas itu mendakwa bahawa Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA) menjangkakan had usia persaraan Malaysia akan dinaikkan daripada 60 ke 65 tahun dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Menurut artikel itu, persaraan wajib di Malaysia yang ditetapkan pada usia 60 tahun secara relatifnya lebih rendah berbanding negara lain, contohnya di Jepun yang ditetapkan pada umur 65 tahun. - Bernama

Artikel Berkaitan: