Lelaki miliki syabu dicekup

Syabu yang dirampas.
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menahan dua lelaki kerana disyaki memiliki sepeket syabu di rumahnya di Taman Universiti, di sini, Selasa lepas, kira-kira jam 10.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, kedua-dua yang ditahan berumur 33 dan 45 tahun.

"Bertindak atas maklumat sepasukan Polis Balai Taman Universiti telah menahan dua lelaki berumur 33 dan 45 tahun yang merupakan warga tempatan.

"Setelah ditahan dan diperiksa mendapati terdapat sepeket plastik lut sinar disyaki dadah jenis syabu di dalam rumah suspek.

"Suspek juga memiliki rekod lampau berkaitan Seksyen 385 Kanun Keseksaan, 395 Kanun Keseksaan, Seksyen 6, 12(2), 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah1983," katanya.

Mohd Taib berkata, tangkapan dibawa balik ke Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah JBU dan hasil saringan ujian air kencing mendapati kedua suspek positif dadah jenis methaphetamine.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 15(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Dalam kes berasingan, beliau berkata, polis menahan empat lelaki menaiki kereta jenis Proton Wira dalam keadaan mencurigakan di Jalan Pontian ke Skudai, di sini, pada hari sama, kira-kira jam 1.30 pagi.

"Setelah ditahan dan diperiksa mendapati kereta yang dinaiki suspek adalah kenderaan yang dicuri, terdapat empat lelaki warga tempatan lingkungan 26 ke 36 tahun.

"Dua lelaki memiliki rekod dikehendaki di Gelang Patah, terdapat dua batang Allenkey yang diubahsuai ditemui.

"Tangkapan dibawa balik ke Balai Polis Skudai untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan," katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia