Tiada rekod pencemaran udara di Pasir Gudang

'Gasmet' digunakan Hazmat untuk mengesan pencemaran udara di Pasir Gudang.
'Gasmet' digunakan Hazmat untuk mengesan pencemaran udara di Pasir Gudang.
A
A
A

PASIR GUDANG - Unit Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak merekodkan sebarang pencemaran sejak tiga hari lalu di sekitar kawasan Pasir Gudang.

Namun Timbalan Penguasa Bomba Mohammad Idris, Pakar Hazmat Negeri Sembilan berkata pemantauan terus dilakukan untuk perbandingan keputusan.

"Petang ini kita buat pemantauan sekali lagi di kawasan sekitar Pasir Gudang untuk mengambil bacaan pencemaran udara sama ada masih kekal, naik ataupun menurun untuk kita buat perbandingan dengan dua dan tiga hari lepas.

Ketua Pasukan Pengesan Dua Hazmat, Mohd Yusri Yusoff menunjukkan lokasi sekitar industri yang diperiksa hari ini.
Ketua Pasukan Pengesan Dua Hazmat, Mohd Yusri Yusoff menunjukkan lokasi sekitar industri yang diperiksa hari ini.

"Sehingga petang ini, bacaan kita ambil dalam keadaan baik maksudnya tiada bacaan untuk pencemaran," katanya kepada media ketika ditemui di Jalan Platinum.

Beliau bersama pasukan pengesanan Hazmat berpecah kepada empat pasukan yang dibahagikan ke kawasan industri, sekolah dan perumahan.

Dengan menggunakan alat pengesan gas, 'gasmet', anggota Hazmat menjalankan kerja pengesanan kualiti udara tiga kali setiap hari.

Artikel Berkaitan:

Anggota Jabatan Kimia menggunakan alat 'hapsite' untuk mengesan kualiti udara di Pasir Gudang.
Anggota Jabatan Kimia menggunakan alat 'hapsite' untuk mengesan kualiti udara di Pasir Gudang.

Sementara itu, pasukan Jabatan Kimia negara turut menjalankan kerja pengesanan di kawasan Jalan Platinum menggunakan alat pengesanan kimia, 'hapsite'

Difahamkan Jabatan Kimia mengerahkan sembilan pakar daripada cawangannya dari Johor, Selangor dan Melaka bagi membantu di Pasir Gudang.

Tinjauan Sinar Harian di sekitar kawasan Pasir Gudang mendapati aktiviti harian berjalan seperti biasa namun tidak kelihatan kanak-kanak bermain di luar rumah.

Dipercayai ibu bapa memilih untuk kuarantin anak-anak demi keselamatan susulan isu pencemaran udara yang masih belum menemui noktah.

Sementara itu di Stadium Tertutup Pasir Gudang yang menjadi bilik gerakan operasi pemantauan pencemaran udara sudah mulai tenang sejak semalam dan difahamkan tiada lagi pesakit yang dirawat di sini.

Mohammad (kanan) melihat peta lokasi sekitar Jalan Platinum sebelum memulakan kerja-kerja pengesanan gas.
Mohammad (kanan) melihat peta lokasi sekitar Jalan Platinum sebelum memulakan kerja-kerja pengesanan gas.