Sahut seruan tingkat ekonomi setempat

Terence (dua dari kanan) menyampaikan cek kepada salah seorang penerima faedah Perkeso diperhatikan Mohamed Meshkan (kiri) dan Rak Boon (kanan) pada majlis berkenaan semalam.
Terence (dua dari kanan) menyampaikan cek kepada salah seorang penerima faedah Perkeso diperhatikan Mohamed Meshkan (kiri) dan Rak Boon (kanan) pada majlis berkenaan semalam.
A
A
A

TELUK INTAN - Beberapa aset meliputi pertanian, perikanan dan pelancongan telah dikenal pasti dalam menyahut seruan kerajaan negeri untuk membangunkan ekonomi di sepanjang laluan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di daerah ini.

ADUN Pasir Bedamar, Terence Naidu berkata, perbincangan bersama agensi dan jabatan serta pemimpin setempat masih lagi berjalan dalam mengenal pasti peluang yang ada apabila lebuh raya tersebut siap kelak.

"Buat masa ini saya telah mengenal pasti beberapa aset sedia ada seperti pertanian melibatkan tanaman kelapa sawit, perikanan dari segi hasil Sungai Perak seperti udang galah dapat meningkatkan ekonomi kawasan ini," katanya kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Teluk Intan, di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Pengarah Perkeso Perak, Mohamed Meskhan Alpiah dan Pengurus Perkeso Teluk Intan, Rak Boon Tan Rat.

Menurut Terence, pihaknya turut melihat peluang yang ada melalui pembukaan Lebuhraya WCE membabitkan industri pelancongan memandangkan Teluk Intan merupakan antara tarikan pelancongan utama di negeri ini.

"Dengan adanya Lebuhraya WCE ini jarak susur keluar dari Bandar Teluk Intan hanya sekitar 15 minit dan pengguna lebuh raya boleh berhenti di bandar yang terkenal dengan Menara Condong.

"Pelbagai aktiviti pelancongan turut ditawarkan kepada pengunjung antaranya menyelusuri Sungai Perak menaiki bot," katanya.

Pada majlis sama Terence turut menyampaikan penyampaian faedah Perkeso kepada 11 penerima yang hadir antaranya faedah pencet ilat, hilang upaya kekal, faedah orang tanggungan dan pengurusan mayat.

Artikel Berkaitan: