Pencemaran Sungai Semenyih berpunca dari sebuah kilang

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
A
A
A

SEMENYIH - Insiden pencemaran berlaku di Sungai Semenyih hari ini dikenal pasti berpunca dari sebuah kilang di kawasan sekitar sini.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa LUAS turut mengambil sampel bagi mengenal pasti punca bau tersebut.

“Pihak Pengurusan Air Selangor mengesahkan kehadiran bau tersebut adalah sebanyak 5 ton sehingga jam 6 petang tadi.

“Berdasarkan siasatan, punca bau telah dikenal pasti daripada sebuah kilang di kawasan sekitar Semenyih.

“Sehingga kini, pihak LUAS dan juga beberapa agensi berusaha dan bekerjasama dalam menangani isu ini,” katanya.

Terdahulu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), ahli kumpulan Air Selangor, mengesahkan pencemaran bau dikesan berlaku di Sungai Semenyih yang akan mengakibatkan bekalan air bersih di beberapa kawasan sekitar terjejas malam ini.

Ekoran itu, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih terpaksa dihentitugas kerana Sungai Semenyih menjadi sumber air mentah bagi LRA Sungai Semenyih.

Artikel Berkaitan:

Beberapa kawasan di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang dijangka akan terkesan dengan gangguan bekalan air dan tekanan rendah bermula pada jam 9 malam ini.

Sebarang perkembangan terkini boleh layari Iaman sesawang LUAS atau Facebook LUAS.