X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 27 Januari 2022

DirectD jamin bayaran balik jika aplikasi popular tak beroperasi

A
A

RANTAIAN runcit telefon Malaysia, DirectD, melancarkan kempen jaminan pelanggan ke atas pembelian peranti Huawei di mana-mana premis DirectD dan laman web rasmi.

Kempen itu menawarkan bayaran balik penuh ke atas produk Huawei jika Google Play Store, Google Apps seperti Google Maps, Gmail, YouTube, dan aplikasi popular seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp gagal beroperasi dalam tempoh setahun selepas pembelian.

DirectD beroperasi di Subang Jaya, Petaling Jaya, Publika (Kuala Lumpur), Kajang, Sungai Buloh, Wangsa Maju, Kota Bahru (Kelantan), 1 Utama, dan kedai yang akan dibuka di Kuala Terengganu (Terengganu).

DirectD mematuhi sepenuhnya dasar-dasar kawal aturan ke atas semua peranti mudah alih dan aksesori. Pelanggan dijamin bahawa semua peranti diluluskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan dapat ditentusahkan menerusi program ‘Check Your Label’. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!