Tiga maut nahas kereta, bas

Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa nahas kemalangan yang tersepit dalam Perodua Myvi di Gerik hari ini.
Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa nahas kemalangan yang tersepit dalam Perodua Myvi di Gerik hari ini.
A
A
A

GERIK - Tiga lelaki dilaporkan maut dalam nahas membabitkan kereta Perodua Myvi dan bas persiaran di Jalan Gerik - Kupang berhampiran persimpangan Kampung Tanjung Kala di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Muhamad Syahidi Ahamad Kamil dan Tengku Khairul Amirin Tengku Kamarudin, masing-masing berusia 24 dan seorang lagi mangsa belum dikenalpasti.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Azizul Aswad Asaris berkata, sepasukan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 5.11 petang.

Kemalangan maut yang mengorbankan tiga nyawa turut membabitkan sebuah bas namun, penumpang dan pemandu dilaporkan selamat.
Kemalangan maut yang mengorbankan tiga nyawa turut membabitkan sebuah bas namun, penumpang dan pemandu dilaporkan selamat.

“Maklumat awal mendapati terdapat empat mangsa dalam kereta itu dan tiga daripadanya disahkan meninggal dunia.

“Anggota bertindak mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan penyelamat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Tiga lelaki dilaporkan maut dalam nahas membabitkan kereta dan bas di Gerik hari ini.
Tiga lelaki dilaporkan maut dalam nahas membabitkan kereta dan bas di Gerik hari ini.

Menurutnya, seorang lagi lelaki mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Gerik untuk rawatan.

Artikel Berkaitan:

“Penumpang dan pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Operasi tamat pada jam 6.28 petang.

AKAN MENYUSUL