Polis cari dalang Geng Usop, Geng Apu Boy

Pelbagai peralatan mencuci termasuk tong gas dan penghawa dingin berjaya dirampas selepas menahan dua ahli Geng Usop.
Pelbagai peralatan mencuci termasuk tong gas dan penghawa dingin berjaya dirampas selepas menahan dua ahli Geng Usop.
A
A
A

SUNGAI SIPUT - Polis sedang mengesan dua lelaki yang dipercayai dalang utama Geng Usop dan Geng Apu Boy yang aktif dalam kegiatan pecah rumah sekitar daerah Sungai sejak setahun lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, kedua-dua geng terbabit menggunakan modus operandi yang sama iaitu bergerak pada waktu malam dan mengumpil pintu atau tingkap kediaman dan premis perniagaan.

“Kita sedang mengesan Mohd Jusoh Halim, 27, yang lebih dikenali sebagai Usop. Alamat terakhir suspek di Jalan Aman, Kampung Bahagian, Sungai Siput.

“Kita turut mengesan S Ravisankar (Apu Boy), 36, yang tinggal di belakang Sekolah Shing Chung Sungai Siput. Kedua-dua mereka berjaya meloloskan diri dan masih bebas,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput, di sini hari ini.

Mohd Khaizam (tengah) menunjukkan barang kemas yang berjaya dirampas daripada ahli Geng Apu Boy.
Mohd Khaizam (tengah) menunjukkan barang kemas yang berjaya dirampas daripada ahli Geng Apu Boy.

Menurutnya, hasil risikan dan siasatan yang dijalankan, polis berjaya menahan enam lelaki dari kedua-dua geng terbabit.

“Kita berjaya menyelesaikan kes pecah di sebuah kedai cuci kereta dengan menahan dua lelaki pada 16 Jun lalu. Salah seorang suspek telah dijatuhkan hukuman oleh pihak mahkamah.

“Tangkapan kedua empat ahli Geng Apu Boy ditahan di Taman Kledang kira-kira jam 5 pagi. Penahanan ahli geng ini, kita berjaya menyelesaikan enam kes pecah rumah,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ravisankar dan Mohd Jusof
Ravisankar dan Mohd Jusof

Mohd Khaizam berkata, polis berjaya menemui semula pelbagai barangan yang dicuri dengan nilai keseluruhan RM80,000 bagi kedua-dua kes itu.

“Antara barangan yang dirampas adalah barang kemas, duit syiling, telefon bimbit, kamera, sebuah kereta dan motosikal serta peralatan pecah rumah.

“Kesemua suspek yang mempunyai rekod lampau dalam jenayah direman sehingga Jumaat ini untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Khaizam berkata, pihaknya berjaya menyelesaikan kes curi motosikal dengan menemui semula Yamaha 125Z dan Yamaha Lagenda.

“Dua lelaki berusia 30-an ditahan pada Rabu dan Jumaat minggu lalu. Mereka direman sehingga Jumaat ini untuk siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

“Kertas siasatan telah lengkap dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi mendapatkan arahan pertuduhan. Salah seorang daripadanya telah dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan selepas mengaku salah atas pertuduhan curi,” katanya.