Tak serik, tiga kali bot Indonesia ceroboh perairan Malaysia

Bot nelayan Indonesia dipercayai mencerobohi perairan Malaysia kemudiannya diiringi balik ke Pusat Tahanan Vessel Kampong Acheh, Lumut untuk siasatan lanjut.
Bot nelayan Indonesia dipercayai mencerobohi perairan Malaysia kemudiannya diiringi balik ke Pusat Tahanan Vessel Kampong Acheh, Lumut untuk siasatan lanjut.
A
A
A

LUMUT - Tidak serik-serik. Demikian sikap ditonjolkan sebuah bot nelayan Indonesia menceroboh perairan Pulau Jarak untuk mengaut hasil laut sebelum ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Perak, pagi semalam.

Pengarah APMM Perak, Kapten Wan Mat Wan Abdullah berkata, lebih kurang jam 8.40 pagi, bot berkenaan dikesan bot ronda APMM ketika sedang melakukan rondaan dan penguatkuasaan di perairan Perak.

Menurutnya, bot tiada nombor pendaftaran bersama tujuh awak-awak termasuk seorang tekong warga Indonesia ditahan ketika sedang menangkap ikan kira-kira 28 batu nautika dari tenggara Pulau Jarak, dekat sini.

"Setelah diperiksa, tekong gagal mengemukakan dokumen berkaitan bot dan kesemua enam awak–awak tiada pengenalan diri sah.

Kesemua tujuh awak-awak termasuk seorang tekong warga Indonesia ditahan bersama sebuah bot tiada nombor pendaftaran oleh APMM Perak semalam.
Kesemua tujuh awak-awak termasuk seorang tekong warga Indonesia ditahan bersama sebuah bot tiada nombor pendaftaran oleh APMM Perak semalam.

"Kes akan disiasat di bawah seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dalam perairan Malaysia.

"Tangkapan ini adalah tangkapan ketiga tahun ini melibatkan bot nelayan Indonesia dan merupakan antara bot terbesar pernah ditangkap APMM Perak," katanya kepada media di sini hari ini.

Wan Mat berkata, bot bersama tekong dan awak-awak berusia antara 20 hingga 46 tahun kemudiannya diiringi balik ke Pusat Tahanan Vessel Kampong Acheh, dekat sini dan tiba pada jam 6 petang untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"APMM Perak akan bertindak tegas kepada mana-mana bot nelayan melanggar syarat lesen menangkap ikan dan melakukan pencerobohan di zon tangkapan ikan," katanya.