Bas menggelongsor rempuh lori di hentian rehat Pagoh

Bas terjunam ke tebing akibat menggelongsor gara-gara pemandu tidak menarik brek tangan dengan sempurna.
Bas terjunam ke tebing akibat menggelongsor gara-gara pemandu tidak menarik brek tangan dengan sempurna.
A
A
A

MUAR - Sebuah lori mengalami kerosakan di bahagian hadapan selepas dirempuh sebuah bas yang menggelongsor secara tiba-tiba di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh di sini.

Pegawai Penyiasat lebuh raya, Unit Siasatan Lebuhraya Zon Selatan, Inspektor Asrar Mohd Amin berkata, kemalangan berlaku pada jam 8.49 malam tadi.

Katanya, akibat kejadian itu, bas yang diparkir di R&R Pagoh arah utara di KM146 telah melanggar sebuah lori yang berada di belakangnya.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu bas tidak menarik brek tangan dengan kemas menyebabkan bas mengundur ke belakang dan melanggar sebuah lori.

Keadaan lori rosak di bahagian hadapan akibat dirempuh bas yang menggelongsor.
Keadaan lori rosak di bahagian hadapan akibat dirempuh bas yang menggelongsor.

“Keadaan itu mengakibatkan bas tersebut menggelongsor sebelum menjunam masuk ke tebing.

"Ketika kejadian, 27 penumpang bas persiaran juga tidak berada dalam kenderaan itu,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, tiada kecederaan dilaporkan dan kes disiasat di bawah Rule 14 LN 166/19.

Katanya, cuaca ketika kejadian adalah baik dan keadaan lalu lintas juga lancar.