X

Kindly register in order to view this article
!

MPK serah senarai nama, alamat kilang

Mohamad Yasid (dua dari kiri) mengiringi Abdul Rashid (tiga dari kiri) menyampaikan duit raya kepada penerima pada Majlis Mesra MPK di Taman Pengkalan Baru, semalam
A
A

KLANG – Majlis Perbandaran Klang (MPK) sudah menghantar senarai nama dan alamat 30 kilang plastik haram di daerah itu kepada Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk tujuan pemotongan bekalan elektrik.

Yang Dipertuanya, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, tindakan itu bagi memudahkan pihaknya menjalankan operasi penguatkuasaan terhadap kilang terbabit.

Menurutnya, sebelum ini operasi tidak dapat dilakukan kerana tiada kelulusan daripada suruhanjaya itu.

"KIta akan melaksanakan kerja-kerja berkaitan secara besar-besaran selepas mendapat kelulusan suruhanjaya berkenaan," katanya kepada pemberita pada Majlis Mesra Aidilfitri MPK di Taman Pengakalan Batu, di sini semalam.

Menurut beliau, MPK akan memastikan kilang plastik tanpa izin ini ditutup kerana kebanyakan masih berdegil serta beroperasi walaupun sudah disita dan dikenakan kompaun.

“Perkara ini berlaku kerana bekalan elektrik masih lagi berfungsi dan mereka tahu kuasa kita terhad.

“Kita hanya boleh mengeluarkan notis amaran, kompaun dan bawa kes terbabit ke mahkamah. Jadi mereka lebih berani bertindak,” katanya.

Mohamad Yasid memberitahu, kilang plastik itu giat beroperasi terutama di Telok Gong, Pulau Indah dan Kawasan Perindustrian Sobena di Pelabuhan Klang.

“Kita menerima banyak aduan mengenai kes pencemaran akibat kilang itu. Jadi operasi secara besar-besaran akan dijalankan bagi membendung kewujudan kilang haram ini,” katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan pemilik kilang plastik haram di daerah ini diberi amaran supaya menutup kilang mereka bagi mengelakkan tindakan undang-undang.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!