Ibu sebak anak dicekup AADK

Ibu suspek memeluk sebelum lelaki berkenaan ditahan.
Ibu suspek memeluk sebelum lelaki berkenaan ditahan.
A
A
A

KLANG – Seorang ibu terkejut dan hanya mampu menangis apabila anaknya dicekup Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) Klang dalam Ops Cegah 12/19 Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) Klang di sekitar daerah itu, semalam.

Lebih mengejutkan apabila teman wanita anaknya yang bersembunyi di belakang pintu bilik suspek turut ditahan dalam serbuan terbabit.

Menurut Ketua Operasi AADK, Ezwan Shahrin Saihani berkata, operasi bermula jam 9 pagi semalam dan berakhir jam 12 tengah malam tadi dijalankan berdasarkan risikan serta aduan orang ramai.

“Seramai 10 anggota penguat kuasa AADK terlibat dalam operasi ini. Kita menahan 17 individu termasuk seorang wanita yang disyaki penagih dalam operasi melibatkan lima lokasi antaranya Kampung Delek, Taman Pendamar Indah dan Kampung Idaman.

“Kesemua suspek yang ditahan berumur lingkungan 22 hingga 54 tahun," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Antara yang ditahan semasa Ops Cegah 12/19 AADK Klang di sekitar daerah itu semalam.
Antara yang ditahan semasa Ops Cegah 12/19 AADK Klang di sekitar daerah itu semalam.

Katanya, dalam operasi di salah satu lokasi, seorang ibu menangis apabila anaknya ditahan.

“Semasa pemeriksaan dilakukan, anggota turut menemui seorang wanita berusia 38 tahun dipercayai teman wanita suspek yang menyorok di belakang pintu bilik.

Artikel Berkaitan:

“Lebih mengejutkan apabila ibu suspek tidak mengetahui wanita terbabit berada di rumahnya sejak lima hari lalu. Ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Tambah Ezwan Shahrin, dalam operasi di Kampung Delek pula, pihaknya terpaksa bergelut dengan suspek yang cuba melarikan diri.

“Seorang anggota cedera ringan di siku kerana terjatuh dalam timbunan sampah selepas bergelut dengan suspek yang cuba melarikan diri ketika serbuan dibuat.

“Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah 1983 (Rawatan dan Pemulihan,” katanya.