Ain Edruce bertunang Sabtu ini

Instagram Ain Edruce
A
A

PELAKON Ain Edruce bakal mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihannya, Amirul Hafiz, 26, pada Sabtu ini.

Menurut Ain, majlis tersebut akan diadakan secara sederhana di kediamannya di Kuala Lumpur dengan dihadiri keluarga dan teman-teman rapat sahaja.

Mengakui sedang sibuk melakukan persiapan yang masih berbaki, Ain bagaimanapun bersyukur kerana keluarga banyak membantunya.

“Buat masa ni Ain memang tengah kela- kabut buat persiapan akhir sebelum majlis berlangsung Sabtu ni.

“Tapai apa yang seronoknya, bila majlis buat kat rumah lebih mudah kerana kita sekeluarga bergotong royong buat persiapan seperti siapkan barang, kemas rumah dan lain-lain,” kata Ain dalam satu temu bual bersama Media Hiburan.

Dalam pada itu Ain atau nama lengkapnya Nurul Ain Edruce, 28, memberitahu dia dan pasangan tidak merancang untuk bertunang dalam tempoh yang lama, sebaliknya berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun ini juga.

“Kita merancang untuk berkahwin pada tahun ini juga, insya-ALLAH pada bulan Disember ini. Tarikhnya belum ada lagi, cuma dalam perbincangan bersama keluarga kami rancang nak langsungkan dalam bulan Disember,” ujar Ain.