Kuliah umum tentang rasuah Sabtu ini

Agora Society Malaysia menerusi Generasi Bebas Rasuah akan menganjurkan siri kedua kuliah umum bertajuk Rasuah Sebagai Masalah Politik di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Fakulti Undang-Undang, UM pada Sabtu ini.
Agora Society Malaysia menerusi Generasi Bebas Rasuah akan menganjurkan siri kedua kuliah umum bertajuk Rasuah Sebagai Masalah Politik di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Fakulti Undang-Undang, UM pada Sabtu ini.
A
A
A

]SHAH ALAM - Agora Society Malaysia menerusi Generasi Bebas Rasuah akan menganjurkan siri kedua kuliah umum bertajuk Rasuah Sebagai Masalah Politik di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya (UM) pada Sabtu ini.

Program yang turut mendapat kerjasama Kesatuan Mahasiswa UM (UMSU), Rasuah Busters, Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) itu terbahagi kepada dua topik. Ia bermula dari jam 2 hingga 5 petang.

Koordinator program, Chan Yit Fei berkata, program itu akan menampilkan tiga tetamu iaitu Penyelidik Bersekutu Kehormat, Universiti Nottingham Malaysia, Dr Bridget Welsh; Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung dan Pengurus Kanan, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Aira Zahari, manakala May Leong bertindak sebagai moderator.

Yit Fei
Yit Fei

Ujarnya, tujuan utama program ini adalah untuk memberi kesedaran dan galakan kepada masyarakat mengambil bahagian mengekang rasuah.

“Penting bagi orang ramai untuk menyedari dan memahami sifat rasuah kerana ilmu adalah langkah pertama dalam memerangi dan mencegahnya.

“Apabila individu mempunyai pemahaman yang jelas dan manifestasi berbeza mereka lebih bersedia untuk mengenali dan melaporkan amalan rasuah.

“Kesedaran ini juga memberi kuasa kepada mereka untuk lebih berwaspada dan menuntut akauntabiliti daripada pegawai awam, yang boleh menyumbang kepada pengurangan rasuah dalam masyarakat,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, memahami rasuah adalah penting kerana setiap orang mempunyai hak untuk mengetahui kos sebenar rasuah dan kesan buruknya kepada masyarakat dan individu.

Penyelidikan terbaru yang dijalankan EMIR Research menganggarkan bahawa Malaysia telah kehilangan sekurang-kurangnya RM3 trilion sejak 26 tahun lalu akibat rasuah.

Justeru, Yit Fei mengajak orang ramai untuk turut serta dalam program percuma itu bagi memastikan lebih ramai dapat menyertai usaha untuk membanteras rasuah di negara ini.

“Objektif keseluruhan projek ini adalah untuk menggalakkan pemahaman orang ramai, penyertaan aktif dalam perbincangan mengenai rasuah, dan memupuk komuniti yang berpengetahuan serta usaha pencegahan rasuah,” katanya.