MB tekad tingkat hasil negeri, memberdaya rakyat

Amirudin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor ke 16 pada 19 Jun tahun lalu bagi menggantikan Mohamed Azmin. - Foto Facebook Amirudin Shari
Amirudin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor ke 16 pada 19 Jun tahun lalu bagi menggantikan Mohamed Azmin. - Foto Facebook Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Bersempena setahun pentadbirannya di Selangor, Menteri Besar, Amirudin Shari berazam untuk meningkatkan pencapaian negeri dan memberdayakan rakyat di negeri ini menerusi program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

Amirudin berkata, selain itu, beliau juga berhasrat untuk mensejahterakan negeri ini dengan suasana damai dan sentosa.

Bagi mencapai hasrat tersebut, beliau berkata, sokongan dan dokongan padu daripada penjawat awam, kakitangan swasta dan kepimpinan kerajaan negeri di seluruh peringkat amat diharapkan.

"Setahun yang lalu, saya telah diberikan amanah untuk menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor ke 16.

"Saya amat mengalu-alukan maklum balas serta cadangan terutama daripada rakyat agar pentadbiran akan sentiasa mengutamakan agenda kemakmuran bersama," katanya menerusi kemaskini di laman Facebook rasminya hari ini.

Pada 19 Jun tahun lalu, Amirudin telah dilantik menjadi Menteri Besar Selangor ke 16 bagi menggantikan penyandang jawatan itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin terpaksa melepaskan jawatan berkenaan apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melantik beliau sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Dalam pada itu, Amirudin juga berharap agar beliau dan semua pihak diberi kekuatan serta kebijaksanaan bagi meneruskan usaha untuk memakmurkan negeri ini.

Artikel Berkaitan:

"Semoga kita kekal seiringan dalam usaha kita merealisasikan agenda Selangor Maju Bersama," katanya.