Ulat bulu: Dapatkan rawatan jika sakit berterusan

Dr Zainudin Mohd Ali
Dr Zainudin Mohd Ali
A
A
A

SEREMBAN- Penduduk di Rumah Rakyat Rompin di sini dinasihatkan segera mendapatkan rawatan lanjut sekiranya terdapat tanda serius berhubung serangan ulat bulu.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Zainudin Mohd Ali berkata, ketika ini pihaknya telah menghantar pasukan ke lokasi untuk menghapuskan serangga berkenaan dan terus memberi rawatan pada mereka yang mempunyai tanda alahan.

"Mereka dinasihatkan segera ke klinik berhampiran jika terdapat tanda yang serius bagi mengelakkan keadaan lebih parah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

[Artikel berkaitan: Penduduk diserang ulat bulu]

Terdahulu, hampir 20 individu dari Rumah Rakyat Rompin, di sini mengalami kegatalan kulit dan demam sejak semalam akibat diserang ulat bulu.

Artikel Berkaitan:


Mangsa serangan ulat bulu ini kebanyakkan yang berumur 2 hingga 60-an membabitkan 16 buah kediaman.

Keadaan tersebut membimbangkan penduduk sejak kehadirannya dikesan beberapa hari lalu selain datang pada waktu pagi dan petang.