Ribuan rakyat meriahkan rumah terbuka Selangor

Sultan Selangor berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada penerima.
Sultan Selangor berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada penerima.
A
A
A

SHAH ALAM - Ribuan rakyat terdiri daripada pelbagai lapisan menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya anjuran kerajaan negeri yang diadakan di Bulatan Bazarena, Seksyen 13 di sini.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin serta kerabat di Raja Selangor turut berkenan berangkat ke majlis tersebut.

Majlis berlangsung seawal jam 8 malam sehingga 11 malam itu turut diserikan dengan kehadiran Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari serta beberapa barisan kepimpinan negeri.

Ribuan rakyat terdiri daripada pelbagai bangsa menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya yang diadakan di Bulatan Bazarena, Seksyen 13 di sini.
Ribuan rakyat terdiri daripada pelbagai bangsa menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya yang diadakan di Bulatan Bazarena, Seksyen 13 di sini.

Majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan duit raya kepada kanak-kanak dan tidak ketinggalan sumbangan kepada golongan fakir dan asnaf.

Pada rumah terbuka ini pengunjung disajikan pelbagai juadah seperi lemang, rendang daging, nasi beriani, cendol dan aneka kuih tradisional Melayu.

Artikel Berkaitan: