Haziq dibebaskan dengan jaminan polis

Haziq keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dibebaskan dengan jaminan polis. Foto Sinar Harian/Rosli Talib
Haziq keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dibebaskan dengan jaminan polis. Foto Sinar Harian/Rosli Talib
A
A
A

KUALA LUMPUR - Haziq Abdullah Abdul Aziz iaitu lelaki yang mengaku terlibat dalam video intim dengan individu mirip menteri Kabinet dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan pembebasan Haziq dibuat pada jam 5.45 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.

“Bagaimanapun Haziq akan dipanggil pada bila-bila untuk melengkapkan siasatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Haziq, 27, yang berpakaian serba gelap dan bertopi dilihat dibawa keluar dari IPD Dang Wangi dengan menaiki kenderaan jenis Proton Persona.

 Barisan peguam yang mewakili Haziq Abdullah Abdul Aziz bergambar setelah selesai sidang media di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Foto Sinar Harian/Rosli Talib
Barisan peguam yang mewakili Haziq Abdullah Abdul Aziz bergambar setelah selesai sidang media di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Foto Sinar Harian/Rosli Talib

Haziq dilihat duduk di tempat duduk belakang ketika sekumpulan jurukamera dan wartawan mengerumuni kenderaan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis bawa Haziq ke HKL pemeriksaan siasat kes seks luar tabii

Ketua AMK Santubong tersebut dibawa ke IPD Dang Wangi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas menjalani pemeriksaan untuk siasatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan luar tabii.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Haziq ditahan sebelum berlepas ke Manila

Semalam Haziq dilaporkan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Haziq ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ Bukit Aman, semasa berada di terminal pelepasan antarabangsa untuk berlepas ke Manila, Filipina.

Sebelum ini Haziq digantung tugas sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin.