Haziq ditahan sebelum berlepas ke Manila

KLIA
A
A

SHAH ALAM - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed menjelaskan seorang lelaki, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mengaku sebagai individu dalam video seks yang mengaitkan seorang menteri Kabinet ditahan sebelum dia berlepas ke Manila, Filipina.

Beliau berkata, Haziq ditahan pada jam 6 petang tadi di terminal pelepasan antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Berikut ialah kenyataan penuh Huzir:

Tangkapan ke atas seorang lelaki Melayu bagi membantu siasatan polis.

Pada 14 Jun 2019 jam lebih kurang 6 petang, sepasukan pegawai daripada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman telah menangkap seorang lelaki Melayu di KLIA bagi membantu siasatan polis.

Butiran tangkapan adalah seperti berikut:

Nama: Haziq Abdullah Abdul Aziz

Umur: 27 tahun

Ketika tangkapan dibuat, suspek berada di terminal pelepasan antarabangsa. Berdasarkan tiket penerbangan, saspek dijadualkan berlepas ke Manila.

Siasatan dijalankan mengikut peruntukan seksyen-seksyen berikut:

1. Seksyen 292 Kanun Keseksaan (Menjual, Dsb., buku-buku, Dsb., yang lucah)

Hukuman: Penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

2. Seksyen 504 Kanun Keseksaan (Dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan)

Hukuman: Penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

3. Seksyen 377B Kanun Keseksaan (Seksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii)

Hukuman: Penjara selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun, dan hendaklah juga dikenakan sebat.

4. Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dan lain-lain)

Hukuman: Didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan".


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia