Tragedi Christchurch: Nama mangsa ke-51 didedahkan

Zekeriya Tuyan mangsa ke-51 serangan pengganas di Christchurch meninggal dunia pada 2 Mei lalu akibat demam dan jangkitan kuman.
Zekeriya Tuyan mangsa ke-51 serangan pengganas di Christchurch meninggal dunia pada 2 Mei lalu akibat demam dan jangkitan kuman.
A
A
A

CHRISTCHURCH - Mangsa ke-51 serangan pengganas di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand pada Mac lalu didedahkan kepada umum buat kali pertama semalam.

Pendedahan itu dibuat apabila Hakim Mahkamah Tinggi Christchurch, Cameron Mander memansuhkan larangan tersebut selepas suspek utama pembunuhan beramai-ramai itu, Brenton Tarrant mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan membunuh serta aktiviti keganasan.

Mangsa dikenali sebagai Zekeriya Tuyan berusia 46 tahun dari Turki.

Beliau meninggal dunia pada 2 Mei lalu selepas bertarung nyawa selama 48 hari sejak ditembak di bahagian dada ketika solat Jumaat di Masjid Al Noor pada 15 Mac lalu.

Abang mangsa memberitahu agensi berita Anadolu, Tuyan menjalani beberapa pembedahan dan terakhir pada 2 Mei lalu.

Bagaimanapun mangsa gagal diselamatkan.

"Turki kehilangan seorang rakyatnya, Zekeriya Tuyan yang mengalami kecederaan kritikal dalam serangan kejam di Christchurch, New Zealand," kata Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu di Twitter.

Tambahnya, ibu bapa dan isteri berada disamping mangsa ketika menghembuskan nafas terakhir.

Artikel Berkaitan:

Katanya lagi, jenazah mangsa akan diterbangkan ke Turki selepas mendapat lampu hijau pihak berkuasa New Zealand.

"Hanya sebutir peluru mengenai tubuhnya, tetapi ia menyebabkan kerosakan besar kepadanya," kata rakan mangsa.

Tuyan adalah mangsa kedua yang meninggal dunia di hospital. Mangsa pertama meninggal dunia sebaik tiba di hospital beberapa minit selepas serangan. - Agensi