11 maut kebakaran rumah kedai di Phuket

BANGKOK - Sekurang-kurangnya 11 maut dalam kebakaran yang telah memusnahkan sebuah bangunan empat tingkat di pulau peranginan Phuket, Thailand, awal pagi Isnin.
Menurut jurucakap polis dari kawasan Patong, Phuket, kebakaran tersebut dipercayai bermula sekitar jam 3.30 pagi (waktu tempatan) di sebuah premis komersial yang menempatkan sebuah restoran dan penginapan sewa.
“Pasukan bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengawal api sebelum menemui 11 mangsa yang maut di rumah kedai tersebut,” katanya.
Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai warga tempatan dan Myanmar. Tambahnya, punca kebakaran masih disiasat.
Selain itu, seramai 16 mangsa telah menerima rawatan di hospital akibat terhidu asap dan mengalami kecederaan kerana terkena serpihan kaca.
Isu pematuhan terhadap peraturan keselamatan dan kesihatan di Thailand khususnya di premis hiburan seperti bar dan kelab malam telah sekian lama menimbulkan kebimbangan.
Pada Julai lalu, sebuah bar di Bangkok yang sesak dengan pengunjung terbakar dan meragut sekurang-kurangnya 40 orang nyawa selepas litar pintas elektrik dipercayai mencetuskan kebakaran tersebut.
Pada 2009, kebakaran turut melanda kelab malam Santika di ibu kota ketika sambutan Tahun Baharu hingga mengorbankan 67 orang dan mencederakan lebih 200 yang lain. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

