Tak serik ulangi jenayah

Nor Azmi (tengah) bersama pegawainya menunjukkan barangan dirampas pada sidang media di IPD Sabak Bernam hari ini.
Nor Azmi (tengah) bersama pegawainya menunjukkan barangan dirampas pada sidang media di IPD Sabak Bernam hari ini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Meskipun memiliki 13 rekod kesalahan lampau narkotik dan jenayah, seorang bekas banduan seolah tidak serik dengan perbuatannya apabila ditahan sekali lagi kerana terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah, semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, suspek berusia 45 tahun itu ditahan dalam serbuan jam 6 petang di kebun kelapa sawit Parit 15 Sungai Besar di sini.

"Suspek yang juga penganggur itu ditahan sepasukan polis diketuai Inspektor Muhamad Norizan Ramli kerana berada dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil pemeriksaan polis menjumpai satu bekas yang di dalamnya mengandungi 11 peket plastik lut sinar dadah jenis heroin," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di sini hari ini.

Nor Azmi berkata, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam dan sehingga 19 Jun ini untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Kesemua dadah yang dirampas seberat 15.30 gram ini dianggarkan bernilai RM450. Ujian saringan air kencing dilakukan mendapati suspek positif dadah jenis morfin.

"Suspek yang juga bapa lima anak itu kali terakhir ditahan polis pada November 2017," katanya.

Artikel Berkaitan: