Keluarga rayu Maryam pulang

Maryam
Maryam
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sudah lebih 12 jam Maryam hilang tapi kami masih tak dapat kesan di mana dia berada sekarang, kata Nazatul Faquyah Muhammad Radzi, ibu kepada remaja istimewa berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak awal pagi tadi.

Wanita berusia 48 tahun itu berkata, sebelum ini anaknya, Raja Maryam Raja Azlan Shah yang dipanggil Maryam tidak pernah keluar rumah tanpa pengetahuannya atau menghilangkan diri seperti yang berlaku hari ini.

Menurutnya, dia hanya menyedari kehilangan anak keduanya itu apabila melihat kucing kesayangan anaknya yang dipanggil Tammy duduk di balkoni rumah mereka di Taman Setiawangsa, di sini pada jam 7.15 pagi tadi.

"Bila nampak Tammy berada di luar, saya dah tak sedap hati dan terus naik ke bilik untuk lihat Maryam.

"Betul sangkaan saya, dia tiada bilik kerana kebiasaannya dia akan bawa Tammy tidur bersamanya dan tak akan biarkan kucing kesayangannya di luar," katanya.

Gambar dari rakaman CCTV yang diperoleh di sebuah kafe siber menunjukkan Maryam mengunjungi premis itu pada jam 4 pagi sebelum beredar setengah jam kemudian.
Gambar dari rakaman CCTV yang diperoleh di sebuah kafe siber menunjukkan Maryam mengunjungi premis itu pada jam 4 pagi sebelum beredar setengah jam kemudian.

Nazatul Faquyah berkata, selepas mendapati Maryam tiada, dia terus keluar rumah untuk ke dua kafe siber yang sering dikunjungi Maryam yang terletak kurang satu kilometer dari rumah mereka.

Artikel Berkaitan:

"Malam sebelumnya, saya dah terlintas Maryam macam nak keluar rumah untuk ke kafe siber kerana di rumah kami ada masalah Internet....jadi saya dah pesan pada keluarga untuk kunci pagar rumah tapi malangnya semua terlupa.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak saudara Nurul Syuhada Nurul Ain hilang

"Tak sangka pula naluri saya jadi kenyataan tapi benda sudah berlaku.....Biasanya Maryam akan gunakan Internet untuk berbual dengan rakan dia, jadi lepas Internet di rumah rosak mungkin dia bosan dan keluar rumah," katanya.

Menurutnya, pemeriksaan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di salah satu kafe siber tersebut mendapati Maryam ada ke sana pada jam 4 pagi tadi dan beredar kira-kira setengah jam kemudian.

Antara status yang dimuat naik oleh abang Maryam memaklumkan kehilangan dan memohon semua mendoakan kesejahteraan adiknya agar segera ditemui semula.
Antara status yang dimuat naik oleh abang Maryam memaklumkan kehilangan dan memohon semua mendoakan kesejahteraan adiknya agar segera ditemui semula.

Bagaimanapun katanya, Maryam dilihat keluar bersendirian dan pemilik kafe siber terbabit juga tidak mengetahui ke mana remaja yang menghidap 'Attention Deficiency Disorder' atau ADD itu pergi.

"Kami sekeluarga memang tak tahu ke mana dia pergi...biasanya kalau dia keluar, dia akan hubungi saya melalui telefon bimbit orang lain tapi kali ini tiada langsung.

"Kami sangat bimbang, tambah lagi Maryam memang jenis yang bijak, peramah, mudah mesra dan akan melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang," katanya yang sudah membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, petang tadi.

Nazatul Faquyah berkata, dia berdoa Maryam selamat dan sesiapa yang menjumpai atau mengetahui di mana anaknya berada untuk segera menghubunginya di talian 012-2336597 atau suami, 0173670842.

Maryam kali terakhir dilihat memakai baju hitam 'hoodie' berlengan panjang tertera perkataan Nirvana, berbadan gempal, berkaca mata, rambut keriting serta berkulit cerah.