Anak saudara Nurul Syuhada Nurul Ain hilang

Gambar kiri: Raja Maryam dan perkongsian Nurul Syuhada Nurul Ain di Instagramnya
A
A

KUALA LUMPUR - Anak saudara kepada pengacara rancangan Mingguan Wanita, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain hilang selepas dipercayai tidak pulang ke rumahnya di Taman Setiawangsa di sini awal pagi tadi.

Berita kehilangan Raja Maryam Raja Azlan,15, dikongsi Nurul Syuhada Nurul Ain melalui akaun Instagram miliknya hari ini.

Menurut perkongsian itu, Raja Maryam meninggalkan rumah sekitar jam 3 pagi dan kali terakhir dilihat adalah di Mineski siber kafe di Setiawangsa pada jam 4.30 pagi melalui semakan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

"Maryam mempunyai kecenderungan untuk melakukan tindakan impulsif (Maryam mempunyai kecenderungan Attention Deficit Disoder).

"Ibu bapa Maryam telah membuat laporan polis berkenaan kehilangannya," katanya.

Pengacara itu juga memohon kerjasama pengikutnya di Instagram untuk menularkan berita tersebut dan segera menyalurkan maklumat jika melihat atau mengetahui keberadaan Raja Maryam dengan menghubungi talian 012-233 6597 atau 017-367 0842.

Sementara itu, menurut salinan laporan polis yang turut disertakan Nurul Syuhada Nurul Ain di Instagramnya, melalui rakaman CCTV di siber kafe, Raja Maryam dilihat berpakaian baju lengan panjang 'hoodie' dengan tertera perkataan Nirvana.

Perwatakan Raja Maryam adalah berbadan gempal, berkaca mata bingkai hitam, rambut kerinting dan berkulit cerah.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia