Petisyen dalam talian, 6,988 individu desak Latheefa letak jawatan

Latheefa Koya
Latheefa Koya
A
A
A
SHAH ALAM - Petisyen dalam talian yang mendesak Latheefa Koya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah ditandatangani kira-kira 6,988 individu sehingga jam 5 petang hari ini.

Manakala, seramai 16,145 individu pula telah menandatangani petisyen dalam talian menyokong pelantikan Latheefa.

Petisyen yang dijalankan di dalam laman sesawang, https://www.change.org itu juga ditandatangani oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew yang turut sama berkongsi petisyen tersebut di akaun Facebook miliknya.

Tindakan sama dilakukan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat Pusat PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau turut mengajak orang ramai menandatangani petisyen mendesak Latheefa meletak jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Artikel Berkaitan:


Nik Nazmi memberi alasan Pakatan Harapan (PH) telah memberi komitmen sebelum ini untuk membuat pelantikan Pesuruhjaya SPRM perlu disahkan oleh Jawatankuasa Parlimen untuk mendesak Latheefa meletak jawatan.