Sudan terus bergolak

Kumpulan protes menuntut tentera menyerahkan kuasa kepada pemerintahan awam.
Kumpulan protes menuntut tentera menyerahkan kuasa kepada pemerintahan awam.
A
A
A

KHARTOUM - Polis Sudan terpaksa melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah kumpulan penunjuk perasaan yang menyertai kempen keingkaran awam dilancarkan semula hari ini susulan insiden keganasan yang meragut puluhan nyawa rakan mereka pada awal minggu lalu.

Tindakan itu dibuat selepas kumpulan protes terbabit menyekat laluan di daerah Bahari, utara Khartoum dengan tayar, batang pokok dan batu.

“Hampir kesemua jalan di Bahari telah disekat. Kumpulan penunjuk perasaan itu turut menghalang penduduk keluar bekerja,” kata saksi.

Difahamkan, kempen keingkaran awam itu dilancarkan buat pertama kali untuk menentang pemerintahan bekas Presiden, Omar al-Bashir pada Disember lalu.

Persatuan Profesional Sudan (SPA) memaklumkan gerakan itu hanya akan dihentikan selepas pemerintah tentera yang menggulingkan Bashir dua bulan lalu bertindak menyerahkan kuasa kepada kerajaan awam.

Kementerian Kesihatan melaporkan sekurang-kurangnya 61 penunjuk perasaan yang menyertai protes duduk dan bantah di hadapan ibu pejabat tentera terbunuh dalam insiden keganasan tersebut dan 49 mereka ditembak dengan peluru hidup. - AFP

Artikel Berkaitan: