Pelantikan KP SPRM perlu disahkan di Parlimen: Zahir

SPRM
SPRM
A
A
A

SHAH ALAM - Bagi memastikan semak imbang yang efektif, pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu disahkan secara demokratik oleh Parlimen.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Zahir Hassan berkata, meskipun memang ada beberapa lantikan politik yang perlu dibuat kepada jawatan penting tetapi untuk jawatan ketua pesuruhjaya SPRM tidak termasuk satu daripadanya.

"Kerajaan kini perlu mengambil maklum tahap kepekaan serta harapan rakyat yang inginkan perubahan seperti yang dijanjikan. Pilihan yang telah dibuat rakyat pada PRU14 adalah sokongan bersyarat kepada Pakatan Harapan (PH). Apabila janji dimungkiri, kepercayaan akan menyusut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kontroversi lantikan Latifah Beebi Koya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM yang baharu berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Pelantikan ini bagi menggantikan Datuk Seri Mohd Syukri Abdull yang kontrak asalnya dijangka tamat pada 17 Mei 2020.

Justeru Zahir menegaskan bahawa pelantikan Ketua Pesuruhanjaya (SPRM) mesti dilihat dan dirasai tepat bukan sahaja daripada sudut peruntukan undang-undang tetapi juga dari moral.

"Persoalannya bukannya isu kemampuan atau pun kerana Latifah seorang wanita, akan tetapi lebih kepada dasar penerusan agenda mereformasikan institusi dan sistem seiring dengan janji-janji dalam manifesto PH pada PRU14 yang lepas," tegasnya.

Artikel Berkaitan: