Silat Cekak Pusaka Hanafi lawan rasuah bersama SPRM Sabtu ini

Ramli. Program dialog pada Sabtu ini bertempat di Dewan Serbaguna, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Perdana.
Ramli. Program dialog pada Sabtu ini bertempat di Dewan Serbaguna, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Perdana.
A
A
A

SHAH ALAM - Buat julung kalinya, Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Pusaka Hanafi) berkolabarasi bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengadakan program dialog antirasuah.

Penolong Kanan Pesuruhjaya SPRM, Ramli Hassan berkata, tujuan program ini diadakan adalah untuk menyebar luas kempen pencegahan rasuah kepada penggiat persatuan seni silat.

"Forum ini akan membincangkan tanggungjawab bersama dalam usaha memerangi perlakuan rasuah, salah guna kedudukan dan kesalahan-kesalahan yang melibatkan rasuah serta bertentangan dengan nilai Islam.

"Adalah menjadi harapan bahawa program ini akan menjadi satu usaha pemerkasaan persatuan dalam konteks menyeru kebaikan, mencegah kemungkaran dan dapat membantu mencapai matlamat utama SPRM, iaitu menggalakkan ketelusan dan kebertanggungjawaban ahli persatuan tentang rasuah dan kesan buruknya terhadap negara," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau yang juga Ketua Cawangan Sosiobudaya dan Politik Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM berkata, program ini juga bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pendidikan antirasuah khususnya kepada pemimpin persatuan terutamanya dalam pengurusan dana dan peruntukan kewangan yang diterima.

"Persatuan juga akan menjadi penghubung antara ahli dan SPRM dalam usaha menyebar luas mesej antirasuah secara berterusan," katanya.

Terdahulu, program yang bermula dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang itu akan diadakan pada Sabtu 27 Mei 2023, bertempat di Dewan Serbaguna, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Selangor Kampus Puncak Perdana.