Peserta Felcra Seberang Perak gembira dapat duit raya

Sebahagian peserta di kaunter yang disediakan bagi menuntut sumbangan duit raya.
Sebahagian peserta di kaunter yang disediakan bagi menuntut sumbangan duit raya.
A
A
A

SEBERANG PERAK - Rata-rata peserta Felcra Seberang Perak melahirkan rasa gembira apabila menerima duit raya yang disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Dewan Besar Felcra Seberang Perak, hari ini.

Bagi Abu Bakar Bain 75, pemberian duit raya berkenaan sememangnya ditunggu-tunggu kerana ia telah pun dilaksanakan sejak dahulu.

Menurutnya, pemberian duit raya itu bakal membantunya untuk membuat sedikit persiapan menjelang Aidilfitri kali ini.

"Alhamdulillah, lega kerana setiap tahun dapat duit raya. Memang seronok, lepaslah untuk buat belanja raya kali ni.

"Harapan saya agar pemberian duit raya ini akan berterusan selepas ini," katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan, Kerajaan Negeri menyalurkan sumbangan berjumlah RM257,000 kepada 1,031 keluarga di Felcra Seberang Perak sempena Majlis Penyampaian Bantuan Duit Raya di Dewan Besar Felcra Seberang Perak hari ini.

Dari kiri: Samsudin, Mohd Kassim, Abu Bakar
Dari kiri: Samsudin, Mohd Kassim, Abu Bakar

Pendapat itu turut dipersetujui oleh seorang lagi peserta Felcra berkenaan, Mohd Kassim Salim, 66, yang nyata gembira dengan pemberian duit raya berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Alhamdulillah dapat kali duit raya lagi kali ini. Boleh buat belanja raya.

"Semoga tahun depan saya akan dapat menerima duit raya ini lagi," katanya.

Sementara itu seorang lagi peserta, Samsudin Ahmad 64, menyifatkan pemberian berkenaan sebagai saguhati yang bermakna bagi dirinya.

Katanya, biarpun jumlah yang diterima tidak seberapa tetapi ia mencukupi untuk dibuat sebagai wang belanja di hari raya kali ini.

"Syukur dan berbanyak-banyak terima kasih daripada saya. Memang tiap-tiap tahun dapat.

"Macam orang lain juga, saya harapkan benda ni akan berterusan selepas ini," katanya.