Agih zakat: ZPP, MAINPP perlu ambil tindakan tegas

Kasthuriraani menyampaikan kit bantuan zakat kepada asnaf dalam program yang diadakan didi Masj Permatang Batu baru-baru ini.
Kasthuriraani menyampaikan kit bantuan zakat kepada asnaf dalam program yang diadakan didi Masj Permatang Batu baru-baru ini.
A
A
A

BATU KAWAN - Ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang (ZPP) dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) perlu mengambil tindakan serius mengenai isu pemimpin dan wakil rakyat bukan Islam terlibat dalam penyampaian zakat kepada asnaf.

Ketua Pemuda Pas Kawasan Batu Kawan, Mohd Kamil Ab Halim berkata, walaupun isu berkenaan telah dibangkit sebelum ini namun masih ada pemimpin dan wakil rakyat bukan Islam yang tidak ambil peduli dan menunjukkan mereka seperti tidak menghormati istitusi Islam di negara ini.

Menurutnya, merujuk keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 10 Mei 2001, orang bukan Islam tidak boleh sama sekali dilantik menjadi amil iaitu mengutip, mengurus dan mengagihkan zakat.

"Keputusan ini terpakai dalam isu mewakilkan orang bukan Islam dalam mengagihkan zakat.

ARTIKEL BERKAITAN: ZPP jawab isu pemimpin bukan Islam serah bantuan zakat

"Zakat adalah rukun Islam sepatutnya kutipan zakat diambil oleh Amil (Muslim) daripada umat Islam dan dikendalikan oleh institusi agama Islam termasuk proses pengagihannya kepada asnaf," katanya menerusi satu kenyataan di sini.

Baru-baru ini tular lagi gambar wakil rakyat bukan Islam yang dilihat tampil menyampaikan bantuan dan kit zakat kepada Asnaf didalam sebuah masjid.

Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto melalui laman Facebook miliknya memuat naik beberapa keping gambar Program Pemberian Hamper Zakat dan Moreh di Masjid Permatang Batu anjuran pejabat Ahli Parlimen Batu Kawan.

Artikel Berkaitan:

Kasthuriraani dilihat memakai tudung berwarna merah dan masuk ke dalam masjid sehingga di ruang sembahyang dihadapan mimbar khutbah bagi menyampaikan bantuan kit zakat kepada beberapa orang penerima.

Kasthuriraani (tengah) turut bersama penduduk dalam majlis berbuka puasa yang dianjurkan masjid dan surau.
Kasthuriraani (tengah) turut bersama penduduk dalam majlis berbuka puasa yang dianjurkan masjid dan surau.

Mohd Kamil berkata, tindakan Kasthuriraani yang mengulangi perlakuan sama beberapa pemimpin DAP bukan Islam sebelum ini seolah-olah sengaja mencabar sensitiviti serta campur tangan dalam urusan ibadat orang Islam.

Beliau berkata, umat Islam keseluruhannya sebagai pembayar zakat berhak untuk bersuara menyatakan ketidakpuasan hati terhadap tindakan tersebut dan seharusnya ZPP dan MAINPP perlu mengambil tindakan serius mengenai isu ini agar ianya tidak berulang lagi.

"Jangan sampai umat Islam hilang keyakinan terhadap ketelusan institusi zakat itu sendiri.Jika kita sebagai umat Islam tidak menjaga dan memelihara kesucian Islam, siapa lagi yang kita mahu harapkan lagi?

"Kami tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Ahli Parlimen DAP Batu Kawan kerana tindakannya hanya mengambil keuntungan politik dalam menyampaikan zakat,"katanya.

Mohd Kamil berkata, biarpun ibadah zakat itu sah, tindakan Kasthuriraani memperguna institusi zakat Islam untuk kepentingan peribadi beliau adalah merupakan satu penghinaan kepada seluruh masyarakat Islam di Malaysia dan bercanggah dengan sunnah malah merosakkan nilai-nilai dakwah yang ada pada ibadah zakat itu sendiri.

Justeru itu, pihaknya menggesa Kasthuriraani segera menghentikan sikap 'talam dua muka' beliau daripada memperguna masjid dan insitusi zakat sehingga sanggup berprogram di depan mimbar khutbah demi keuntungan politik.

"Umat Islam tidak pernah lupa segala penghinaan dan ejekan beliau terhadap Islam sebelum ini malah apa tuntutan yang dibangkitkan di dalam Parlimen sebelum ini telah mengguriskan hati seluruh kami.

"Jadi tak perlu untuk beliau berterusan mencabar umat Islam sehingga sanggup memperguna institusi zakat untuk kepentingan politik," katanya.