Jangan politikkan agama sempena Ramadan

Adly ketika mengacau dodol pada majlis ramah mesra Amanah Finance House Berhad di Bukit Baru di sini hari ini.
Adly ketika mengacau dodol pada majlis ramah mesra Amanah Finance House Berhad di Bukit Baru di sini hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Kerajaan negeri menyelar tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab dan cuba mempolitikan agama lain yang membuat kebajikan sempena Ramadan.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak yang mahu bersama memeriahkan bulan mulia ini dengan memberikan sumbangan, pemberian dan sebagainya malah ia tidak seharusnya dijadikan halangan ataupun disempitkan fikiran.

"Bagi saya pemberian apa pun di peringkat kerajaan negeri, kita tidak halang mana-mana pihak untuk berikan sumbangan dan pemberian.

"Kita mengalukan semua pihak membuat kebajikan pada bulan Ramadan, dan saya rasa tidak wajar isu-isu itu dipolitikkan," katanya selepas majlis ramah mesra dan kacau dodol Amanah Finance House Berhad di Bukit Baru di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri, Datuk Mariam Ilias, Setiausaha Bahagian Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Yusof Abu Bakar dan Pengurus Besar Amanah Finance House Berhad, Datuk Mashitah Ismail.

Adly bergambar dihadapan pejabat Amanah Finance House di Bukit Baru.
Adly bergambar dihadapan pejabat Amanah Finance House di Bukit Baru.

Semalam tular di aplikasi WhatsApp gambar seorang paderi bersama Exco Kesihatan dan Anti Dadah, Low Chee Leong memberi bubur lambuk kepada pengguna jalan raya di hadapan Hospital Putra sehingga menjadi pertikaian kerana tiada seorang pun individu beragama Islam yang menyampaikan bubur tersebut.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu pada program itu, Adly berkata, Amanah Finance Berhad akan berperanan untuk membantu golongan B40 dan M40 mendapatkan pinjaman perumahan bagi memastikan lebih ramai golongan berkenaan dapat memiliki kediaman sendiri.

Menurutnya, pembiayaan pinjaman itu tidak hanya tertumpu kepada golongan tersebut malah diperluaskan kepada usahawan-usahawan kecil yang sukar untuk mendapatkan bantuan pinjaman daripada institusi kewangan dan tidak mustahil bantuan itu akan dapat melahirkan ramai usahawan peringkat negeri yang dijenamakan melalui istitusi berkenaan.

"Sejak bermula April kita dalam proses mengumpulkan dana dan kita sedar dana sedia ada begitu terhad iaitu sekitar RM3 hingga 4 juta dan kita mengalukan pihak yang mahu bekerjsama menyumbangkan dana bagi memperkukuhkan Amanah Finance House Berhad.

"Saya harap fungsi Amanah Finance House Berhad dapat diperkembangkan menjadi institusi kewangan bagi memajukan Melaka dalam tempoh dua tahun ini kita menjangkakan mempunyai kira-kira RM30juta dana menerusi dana harta bumiputera," katanya.