CUCKOO lancar kempen lawan lesu sempena Ramadan

A
A
A

CUCKOO menawarkan Promosi untuk Lawan Lesu yang tampil dengan 3 tawaran berbeza yang menarik. Antaranya adalah penyewaan Penapis Air CUCKOO daripada RM55 sebulan.
CUCKOO menawarkan Promosi untuk Lawan Lesu yang tampil dengan 3 tawaran berbeza yang menarik. Antaranya adalah penyewaan Penapis Air CUCKOO daripada RM55 sebulan.

SHAH ALAM - Sempena kedatangan bulan Ramadan dan musim perayaan, CUCKOO melancarkan Kempen Ramadan-Raya Lawan Lesu Dengan CUCKOO.

Kempen ini menonjolkan tema jenama #SAMASAMAHealthier bagi mengukuhkan kedudukan CUCKOO sebagai jenama Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator) dan memeriahkan musim perayaan ini agar lebih sihat dan ceria menerusi filem dan aktiviti-aktiviti kempen.

CUCKOO akan membawa rakyat Malaysia dalam perjalanan untuk membongkar misteri penduduk kampung yang nampak lesu bagai zombi, mencari penawar, dan memberi inspirasi untuk menjadi #SAMASAMAHealthier bagi menyambut Aidilfitri.

Ketua Pegawai Pemasaran CUCKOO International, Queenie Goh, berkata, kempen ini mengambil inspirasi besar daripada pengalaman CUCKOO semasa pandemik di mana perayaan bukan sekadar perayaan, tetapi peringatan untuk kita kekal sihat supaya dapat berkumpul dan meraikannya bersama orang tersayang.

“Kempen ini menonjolkan lagi tema jenama #SAMASAMAHealthier kami malah juga dapat mengingatkan dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk memiliki kehidupan yang lebih sihat,”katanya.

Pelancaran kempen Ramadan-Raya CUCKOO ini dibuat menerusi tayangan filem Raya CUCKOO yang berjudul “Menyelamatkan Kampung Bersama Bintang Pujaan”.

Kempen Ramadan-Raya CUCKOO dibuat menerusi tayangan filem Raya CUCKOO.
Kempen Ramadan-Raya CUCKOO dibuat menerusi tayangan filem Raya CUCKOO.

Kisah filem ini bermula dengan permulaan yang suram, apabila Ayu (Ellyza Azizi) pulang ke kampungnya, Kampung Lesu, dengan berita krisis kekurangan bekalan daging yang akan berlanjutan sehingga tamat Aidilfitri.

Sebaik sahaja tiba di kampung, Ayu berperasan bahawa ada yang tidak kena apabila hampir semua orang disekelilingnya, termasuk ayahnya, Pak Jalil (Aziz M Osman), kelihatan lesu bagai zombi kecuali Nur (Nik Farin) yang kelihatan ‘biasa’.

Apabila pulang ke kampung, Ayu disambut oleh ayahnya, Pak Jalil (Aziz M Osman), yang kelihatan lesu bagai zombi.
Apabila pulang ke kampung, Ayu disambut oleh ayahnya, Pak Jalil (Aziz M Osman), yang kelihatan lesu bagai zombi.

Mengesyaki kekurangan bekalan daging kampung sebagai punca fenomena misteri itu, Ayu terus memulakan misi untuk membongkar misteri kampung dan mencari penawar.

Dengan rentak yang cukup laju dan skrip yang mudah difahami, filem mencengkam yang disulami elemen misteri, penggembaraan, dan pelbagai emosi ini dijangka akan menarik hati penonton apabila mereka menyelami perjalanan Ayu untuk menyelamatkan kampungnya.

Dalam filem ini, penonton juga akan dihiburkan dengan watak Samsol Zombie (Aloy Paradoks) yang berperwatakan lucu dan diselamatkan oleh Ejen CUCKOO S.I.H.A.T. (Surveillance & Intervention of Healthier Approach Transformation) di akhir cerita.

Apa yang juga menjadi menarik perhatian adalah penampilan Duta Jenama CUCKOO, Lee Minho and Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang turut membantu Ayu dalam perjalanannya.

Duta Jenama CUCKOO, (kanan) Lee Minho dan (kiri) Dato’ Sri Siti Nurhaliza, kameo dalam filem Raya CUCKOO.
Duta Jenama CUCKOO, (kanan) Lee Minho dan (kiri) Dato’ Sri Siti Nurhaliza, kameo dalam filem Raya CUCKOO.

Menurut Queenie, elemen-elemen yang dilihat dalam filem perayaan ini berbeza daripada apa yang biasa mereka lakukan sebagai jenama. Konsepnya tampil segar dengan penceritaan relevan yang dekat di hati rakyat Malaysia bagi menarik minat rakyat Malaysia serta mengukuhkan dan menonjolkan lagi mesej #SAMASAMAHealthier.

“Dalam filem ini, kita boleh melihat orang kampung yang kelihatan lesu bagai zombi sebagai manifestasi kehidupan yang tidak sihat dan bagaimana Ayu menyelamatkan kampungnya dengan melawan lesu dengan CUCKOO.

Ejen S.I.H.A.T. CUCKOO tampil membantu lawan lesu.
Ejen S.I.H.A.T. CUCKOO tampil membantu lawan lesu.

“Kisah mencengkam hati ini mencerminkan semangat berterusan kami untuk membantu rakyat Malaysia memiliki kehidupan yang lebih sihat di samping menerapkan unsur-unsur yang menyeronokkan dan menarik,”katanya.

Sempena kempen Ramadan-Raya CUCKOO, CUCKOO juga akan menawarkan promosi untuk Lawan Lesu yang menarik dan mampu dimiliki untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia lawan lesu dan memiliki kehidupan yang lebih sihat.

Promosi untuk Lawan Lesu ini tampil dengan 3 tawaran menarik termasuk penyewaan Penapis Air CUCKOO daripada RM55 sebulan, penyewaan Penapis Air dan Penapis Udara CUCKOO pada RM120 sebulan dan penyewaan Tilam CUCKOO A-Series daripada serendah RM99 sebulan dengan pemberian rangka katil percuma.

CUCKOO menawarkan Promosi untuk Lawan Lesu yang tampil dengan 3 tawaran berbeza yang menarik. Antaranya adalah penyewaan Penapis Air CUCKOO daripada RM55 sebulan.
CUCKOO menawarkan Promosi untuk Lawan Lesu yang tampil dengan 3 tawaran berbeza yang menarik. Antaranya adalah penyewaan Penapis Air CUCKOO daripada RM55 sebulan.

Sebuah trak bergerak juga diaktifkan di kawasan Lembah Klang dan Johor yang beraliran trafik tinggi, termasuk diatas jalan raya, pusat beli-belah dan bazar Ramadan sebagai sebahagian daripada kempen Ramadan-Raya CUCKOO.

Lori S.I.H.A.T. CUCKOO, trak bergerak telah diaktifkan di kawasan Lembah Klang dan Johor sebagai sebahagian kempen Ramadan-Raya CUCKOO.
Lori S.I.H.A.T. CUCKOO, trak bergerak telah diaktifkan di kawasan Lembah Klang dan Johor sebagai sebahagian kempen Ramadan-Raya CUCKOO.

Bagi sesiapa yang singgah di trak bergerak ini, mereka boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang disediakan untuk menebus hadiah percuma dan berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM4,000 termasuk sebuah Penapis Udara CUCKOO K Model.

Aktiviti dan jadual terkini trak bergerak ini boleh didapat di halaman Facebook rasmi CUCKOO (@CUCKOOInternational).

Bagi membantu rakyat Malaysia melawan lesu, CUCKOO juga telah menyediakan dua jenis kit kecemasan eksklusif iaitu Kit Kecemasan Anti Lesu CUCKOO dan Kit Kecemasan Anti Lesu CUCKOO versi mini.

Kit Kecemasan Anti Lesu CUCKOO boleh dimenangi menerusi peraduan media sosial yang akan diadakan, manakala Kit Kecemasan Anti Lesu CUCKOO versi mini boleh ditebus menerusi cawangan Brandstore dan Brandkiosk tertentu di seluruh Malaysia.

Orang ramai yang ingin menonton filem Raya CUCKOO “Menyelamatkan Kampung Bersama Bintang Pujaan”, sila klik di sini:

Untuk maklumat lanjut berkenaan Promosi untuk Lawan Lesu, klik: https://bit.ly/PromosiUntukLawanLesuSH

#LawanLesuDenganCUCKOO

#SAMASAMAHealthier

#CUCKOOFestive

#CUCKOOCelebrates